Monday, May 11, 2009

Pengalaman Praktikal (latihan industri)

Assalamualaikum sume...juga khususnya kepada teman2...hari ni sy blum ada mood nak brcerita pasal komputer...kalau ada permintaan ke blehla bgtau yek.cume nak cerita pasal pengalaman praktikal..

11hb Mei 2009 - ini adalah hari pertama saya praktikal.hmm..rasa excited mule2...tapi oleh sebab first day jadi rasa segaaaan sangat...tak tau nak buat aper..sy membuat praktikal di sebuah syarikat media yang mempunyai pelbagai kepakaran. Pendek kata syarikat ni universal dan serba boleh.Staf-staf juga sangat peramah dan membantu...

ilmu yang saya dapat tentang syarikat media ini ialah diantara prinsip yang mereka pegang ialah tentang 'kerahsiaan'.jadi prinsip saangat penting khususnya sebelum menyiarkan sesebuah berita,wawancara,kisah kehidupan dan lain-lain lagi.jadi kita kenalah bersikap amanah. sepanjang hari ini saya banyak habiskan masa berada di meja kaca..hehe..tapi perkara yang syoknye ialah meneliti staff membuat design dengan saaaangaat tekun dan teliti menggunakan adobe indesign..jadi terpukaula saya akibat ketelitian dan kemahirannya...so hari ni sy belajar utk menjadi seorang yang fokus dan teliti.

sebenarnya pada hari ini juga saya sangat-sangat terkejut.kerana saya mendapat tahu bahawa ada juga anggota media yang melakukan tugas penggambaran media terlibat dengan gejala tidak sihat meskipun mereka membuat penggambaran yang bertujuan baik (bukan anggota media dari tempat sy praktikal namun diceritakan sebagai perkongsian pengalaman oleh salah satu pengarah bahagian tentang gejala tidak sihat oleh syarikat media lain).

entahlah kenapa perkara seperti ini terjadi.mudah-mudahan orang seperti itu sedar akan kesalahannya.sedih juga memikirkannya.harap-harap saya dan kita semua dijauhkan dari perlakuan sebegitu.

sekiranya kita pergi ketempat orang kita haruslah menjadi seorang yang berbudi bahasa dan tidak sombong.kita mestilah sentiasa merendah diri dan sentiasalah mempunyai sikap positif.bak kata pepatah pergi kandang kambing mengembek pergi kandang buaya mengaum...hehe...

syukurlah pada waktu akhir-akhir saya dan sahabat-sahabat nak balik ada seorang abang tu datang kepada kami dan mengingatkan kepada kami objektif sebenar kami membuat praktikal dan dia mendoakan agar kami mencapai matlamat sebenar yang diinginkan...

Saya pun berasa lega kerana ada juga insan yang amat prihatin seperti abang tersebut.alhamdulillah

aha lupe saya nak berpesan...kepada kawan-kawan yang berpraktikal...happy berpratikal ye...ada yang kena key-in datala...kat bahagian penguatkuasa dan memacam lagi...hehe..okla hapi berpraktikal....:D hehehehe - dan kepada mr nazim biler la lagi nak blanjer aku makan wei....rebutla peluang keemasan ni....

3 comments:

aisyahthani said...

buaya mengaum jugak ye,ingatkan rimau je..hehe:P

hero said...

hehe tu buaya klon tu..haha..

naj_moden said...

buaya mengaum ke... hg yang mengaum... tapi aku ada gak dengat pepatah. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau masuk sorang2 la...