SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), menerusi Forum Perkongsian Maklumat (ISF) menasihatkan pengendali laman web mempertingkatkan tahap keselamatan laman web masing-masing sebagai langkah proaktif selepas beberapa laman web di negara ini diceroboh dan diserang oleh penceroboh sistem rangkaian komputer yang tidak dikenali, baru-baru ini.
Serangan sejak awal tahun ini dan kekerapannya memuncak pada pertengahan bulan ini, menyebabkan banyak laman web kerajaan diceroboh atau dimasukkan maklumat yang boleh mencetuskan kekacauan.
Dianggarkan antara 50 hingga 80 laman web berjaya diceroboh dan angka sebenar masih lagi tidak lagi dapat disahkan manakala Bernama dalam laporannya menyatakan sebanyak 80 laman web diceroboh ketika kemuncak perang siber pada 9 Mac lalu.
Analisis ringkas yang dijalankan menunjukkan semua laman web berkenaan diserang kerana satu atau lebih daripada satu kelemahan pada laman web berkenaan.
Pentadbir laman web dinasihatkan memperkemas dan memperbaiki kelemahan berkenaan untuk memastikan ia tidak mudah diceroboh.
SKMM berkata, pentadbir laman web dinasihatkan agar dapat mempertingkatkan tahap keselamatan dan memperkemaskan tahap keselamatan laman web mereka kerana pencerobohan yang berlaku akibat kelemahan pada laman web berkenaan.
Pengarah Niser, Lt Kol Husin Jazri dilaporkan berkata, adalah mustahil untuk memastikan keseluruhan sistem rangkaian komputer bebas daripada serangan, namun apa yang boleh dilakukan segera ialah memastikan tahap keselamatan laman web dipertingkatkan.
"Penceroboh sistem rangkaian komputer biasanya dapat menceroboh masuk kerana operator laman web tidak melaksanakan tahap keselamatan yang mencukupi," katanya.
ISF ditubuhkan pada Jun tahun lalu dianggotai Bahagian Keselamatan ICT Unit Pengurusan dan Pemodenan Pentadbiran Malaysia (Mampu), Niser dan Forum Standard Teknikal Malaysia dan dipengerusikan SKMM.
Penyedia perkhidmatan internet dan telekomunikasi seperti TIMENet, NTT MSC, Jaring, TM Net, Celcom, Maxis Communications dan DiGi Telecommunications turut menjadi ahli.
Sementara itu, Ketua Computer Emergency Response Team (CERT) Indonesia, Budi Rahardjo dilaporkan berkata, sekurang-kurangnya 48 laman web Malaysia dan 36 laman web Indonesia diceroboh masuk oleh penggodam yang berperang dengan cara begitu di alam maya.
Budi berkata, CERT Indonesia kini sedang bekerjasama dengan CERT Malaysia untuk memaklumkan pengendali laman web yang dicerobohi itu supaya segera membaiki laman web masing-masing.
Statistik Pusat Tindak Balas Kecemasan dan ICT Kebangsaan (Niser) menunjukkan beratus-ratus laman web diserang tahun lalu dengan dua laman web tempatan mengalami serangan teruk.
Pada Januari, sebanyak 129 laman web, kebanyakan milik kerajaan, diserang dan maklumatnya ditukar oleh penceroboh sistem rangkaian komputer dari Amerika Selatan.
Ia sebahagian daripada lebih 200 laman web yang diserang dan diubah maklumat yang ada pada suku pertama tahun lalu. Pada Ogos tahun lalu, kira-kira 100 laman web diserang oleh tiga kumpulan penceroboh sistem rangkaian komputer dari luar negara.
NOTA:KES INI TELAH BERLAKU PADA TAHUN 2005
Monday, May 11, 2009
Peperangan SIBER:sumber http://www.cybersecurity.org.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment