Sunday, August 23, 2009

TIPS MEMBELI KOMPUTER

Saya kerap kali ditanya tentang komputer jenis apakah yang sesuai untuk dibeli.Oleh itu saya ingin menyarankan beberapa langkah mudah untuk membeli komputer dan nasihat2 yang perlu diambil sepengalaman sayalah...

1.Lihat budget atau kemampuan kita.(sekitar RM 2300 kebawah dah okla & sekitar RM 2000 pun ok juga untuk beli sebuah laptop)

2.Lihat tahap dan jenis penggunaan kita terhadap komputer.(Kerja kita tu ada buat design ke?programming ke?assigment sahaja?main game?)

3.Lihat spesifikasi komputer tersebut.(amik double processorlah kalau boleh.jadi boleh buat banyak kerja dalam satu masa dan tak mudah panas laptopnya kalau ada kad grafik lagi baik macam Nvidia dan Ati.Sesetengah bimbang pasal isu panas ni.Tapi InsyaAllah latpop jenis keluaran baru adalah lebih tahan lasak.Boleh juga beli kipas utk laptop sebagai langkah mengurangkan kepanasan) dan kalau sahabat jenis kerjanya menyimpan data banyak maka carilah yang saiz hard disk nya besar. Dan ada juga yang sukakan laptop jenis ringan. Jadi cubalah rasakan beratnya dahulu ye.


Didalam pasaran sekarang saya boleh nyatakan bahawa terdapat 3 jenis komputer yang popular, agak murah dan boleh dimiliki oleh pelajar.Macam sayalah.3 jenis komputer tersebut ialah Laptop, Desktop atau PC, dan netbook.



GAMBAR NETBOOK (KECIL) & NOTEBOOK @ LAPTOP (BESAR)

Saya menyarankan sahabat untuk membeli laptop diantara 3 pilihan ini.Pertama ialah kerana laptop mempunyai kebolehan mobility.Maksudnya ianya mudah dibawa kesana dan kemari berbanding Desktop.Dan laptop mempunyai kuasa processor dan kekuatan yang lebih ampuh dari sebuah Netbook.Contohnya kalau sahabat nak main game lebih sesuai dimainkan di laptop sahabat berbanding Netbook.Maksud saya bukanlah saya mengutamakan game tetapi dari sini kita boleh lihat bahawa laptop mempunyai kekuatan & kemampuan menampung grafik lebih tinggi berbanding sebuah Netbook.Netbook lebih sesuai untuk membuat kerja seperti assigment (spt gunakan microsoft office), melayari internet dan chatting tetapi kurang sesuai sekiranya kita ingin membuat kerja seperti menghasilkan animasi flash,menggunakan perisian adobe photoshop,main game dan lain-lain kerja berat atau sekiranya kita ingin membuat banyak kerja didalam satu masa.Netbook boleh dikenali menerusi saiznya yang kecil & menggunakan processor jenis intel atom.




GAMBAR DESKTOP


jadi kalaulah sahabat nak beli laptop seperti yang saya sarankan maka saya ingin sarankan belilah laptop jenis Dell atau Asus atau Toshiba. Compaq boleh juga tetapi diantara masalah Compaq ialah driver lah terutamanya dan dahulu saya pernah menghadapi masalah yang biasanya saya kurang dapat membantu ketika membetulkan laptop jenis Compaq Presario yang bermasalah dari sudut hardware seperti motherboard,skrin yang tidak berfungsi dan pembaca DVD/CD rom (JENIS CQ40 OK DAH SANGAT). Tetapi masalah tersebut dari segi hardware mungkin telah cuba diatasi oleh syarikat tersebut sebaik mungkin pada waktu ini.
Masalah driver compaq juga menjadi batu penghalang yang besar kepada saya kerana website HP/Compaq sendiri tidak mempunyai kemudahan yang benar-benar memudahkan untuk kita mendownload driver dari website mereka. Namun syukur Alhamdulillah kerana masalah tersebut boleh diatasi dengan kemudahan bantuan "technician online" mereka yang boleh dihubungi menerusi website mereka.Untuk pengetahuan sahabat "driver" disini bermaksud suatu perisian yang boleh membangkitkan fungsi sesebuah hardware tersebut.Contohnya sekiranya ada driver bunyi barulah bunyi keluar.sekiranya ada driver wireless ada barulah kita boleh menggunakan kad wifi untuk sambung internet secara wireless.kalau tiada driver-driver tersebut maka tak bolehlah kita gunakan hardware tersebut.

sahabat bolehlah bertanyakan link untuk mendownload driver Compaq/Hp menerusi chat online dengan technician mereka disini terutamanya driver untuk windows XP

CHAT ONLINE WITH HP TECHNICIAN

Acer aspire pula bermasalah dari sudut kualiti hardwarenya yang hampir serupa dengan Compaq. Tetapi ACER hebat dimana mereka menyediakan kemudahan CD DRIVER dan berbeza dengan compaq.Jadi sebenarya saya sebaiknya menyarankan sahabat belilah laptop jenis Dell.Kualiti barangnya lebih terjaga dan driver juga disediakan.Maaf ya kepada syarikat Acer dan HP/Compaq.
p/s: saya sendiri guna laptop jenis compaq dan saya lebih prefer compaq presario dari acer aspire dari segi kualiti barangnya.tapi sekarang punya Compaq dah sangat ok pun iaitu jenis CQ40.yang tak berapa ok jenis presario mungkin dah nak pupus stoknya.

TIPS KETIKA DIKEDAI

1. Sekiranya sahabat membeli di Lowyat atau digital Mall (bagi mereka yang tinggal di KL) jangan lupa mintalah driver dari jenis Vista dan XP.itu adalah hak anda.sekiranya mereka tidak mahu memberi atau meminta tambahan wang untuk driver tersebut maka beritahu mereka anda mahu beli laptop dari kedai lain.Kalau memang mereka tidak ada misalnya driver dari jenis Windows XP maka sahabat kenalah download sendiri.

2. Dan sahabat jangan lupa bertanyakan tentang jaminan atau warranty.Sekiranya setahun kalau boleh mintalah untuk penambahan jangka masa warranty mungkin selama 2 atau 3 tahun kalau boleh tetapi kenalah bayar lebih sedikit ye.Sebab warranty persediaan dimana sekiranya laptop kita rosak dari sudut hardware iaitu rosak bukan sebab kita yang menghancurkannya maka bolehlah kita minta ianya diperbaiki atau diganti secara percuma.

3. Sebaiknya sahabat bertanyakan kepada penjual bahawa sahabat mahu laptop kosong tanpa diisi apa-apa dan sahabat kena pastikan bahawa laptop kosong tersebut harganya adalah lebih murah daripada harga asal yang diisi.Laptop kosong tersebut bermaksud tidak diisi dengan windows xp atau vista (home,premium atau jenis ultimate).Tetapi sahabat kena pastikan bahawa ada orang lain yang mampu mengisikan laptop sahabat dengan sistem operasi windows xp atau vista dengan harga yang lebih murah berbanding harga yang ditawarkan di kedai.Pernah saya ketika bertanyakan kedai,"Bang kalau nak isi windows xp ni berapa?" katanya, "RM 300 je dik". MasyaAllah... mahalnyaa... kita student macam saya memang tidak ada kemampuan untuk bayar harga setinggi itu.Lebih baik install sendiri(piratelah tapi..hehe tapi anyway saya prefer menggunakan LINUX sebab percuma download di internet!).

4. Kalau boleh sahabat mintaklah penambahan kad memori RAM. Biasanya kalau kita mahu membeli selepas pembelian laptop harganya agak mahal. Jadi waktu pembelian laptop tu pujuklah penjual untuk menjualkan kad memori RAM dengan harga yang lebih murah. 4 gigabyte atau 4gb merupakan had maksimum bagi laptop yang biasa kita gunakan. Kad memori RAM ini amat berguna misalnya ketika kita mahu membuat banyak kerja didalam satu masa. Misalnya mahu mengedit video disamping menggunakan perisian adobe photoshop, sambil tu pasang game atau muzik. RAM yang bersaiz besar mampu mengurangkan tekanan berlebihan terhadap komputer. Saiz RAM yang besar juga boleh menyebabkan internet lebih laju dikomputer sahabat berbanding saiz RAM yang agak kecil. RAM berfungsi untuk menampung memori secara sementara. Contoh macam sahabat ketika buat assignment...apa yang ditaip akan ditanggung oleh memori. Dan jangan lupa mintalah "free gift" daripada penjual sekiranya ada.

5. Simpan resit pembelian sebaiknya.

6. Sekiranya sahabat pengguna sistem LINUX bolehlah sahabat install Linux dalam pendrive dan kemudian boot atau hidupkan di komputer yang ingin dibeli bagi melihat kemampuannya untuk menyesuaikan diri dengan hardware laptop tersebut.

TIPS SECARA ONLINE


1. Aha tips yang ni ok juga dimana contohnya kalau sahabat nak beli secara onlinelah kan...kalau sahabat nak tempah komputer DELL secara online sahabat bolehlah pergi ke website dia.

http://www.dell.com.my/

Dan nak tahu tak sahabat sebenarnya ketika membuat pilihan laptop secara online kat website dell ni sahabat boleh customize kan nak processor jenis apa,warna jenis apa. Sangat menarik!!

contohnyala kan sahabat klik disini

DELL VOSTRO

contohnya saya pilih ialah dell vostro. sahabat pergi scroll bawah sikit dan nanti klik pada butang "Customise". Kemudian pilihlah ikut spesifikasi yang kita mahu termasuk jenis warnanya.Menarik!!jangan lupa daftar dulu ya.

2. Tips yang kedua ni sangat membantu bagi pelajar mahasiswa universiti yang menghadapi masalah kewangan. Sahabat boleh beli secara online dan membayar secara ansuran di syarikat AGRI BIMA ini. Dan bayaran akan ditolak automatik menerusi akaun PTPTN anda atau JPA.Bacalah kandungan cara-cara nak apply dulu ye.

ni muka utamanya

http://www.abssystems.com.my/

dan kalau nak beli produk notebook mereka boleh tengok dulu disini

http://www.abssystems.com.my/index.php?action=productpage&fc=1

Dan akhir sekali pesanan saya ialah sebaiknya belilah DVD takpun External portable Hard Disk sebagai langkah untuk backup data.Dibimbangi nanti sekiranya komputer sahabat diserang virus yang dahsyat hilang kesemua data begitu sahaja.Ianya adalah amat merugikan. Jangan lupa ya. Backup dengan menyalin ke DVD pun ok jugak sebab ianya menggunakan kos yang lebih murah.
dibawah ada list harga laptop tahun 2009..tengok tarikhnya dulu ya.

http://images.lowyat.net/pricelist/czone_notebook.pdf

Selamat membeli!!

p/s:oh hari ni 23/8/09 sy ada teman kawan saya beli laptop jenis compaq cq40-406au dan memang sangat-sangat murah.. harga yang kami dapat keseluruhan ialah RM 1649

ianya meliputi:

RAM 4GB
WARRANTY JAMINAN 3 TAHUN
FREE WINDOWS VISTA HOME EDITION
FREE GIFT VAKUM (VAKUM TAK BESH PUN ..)

Saturday, August 22, 2009

Nasyid Kumpulan Far East - A'SYuRa


Lembut tuturmu tegas membela agama
Gagah berani tiada tandingnya
Mulia akhlakmu didikan rumah kenabian
Penyinar segala kegelapan

Ibundamu penghulu wanita di syurga
Jelmaan bidadari di dunia
Menyintainya adalah suatu ibadah
Puteri kesayangan Rasulullah

Al-Husaini
Kepahitanmu kurasai
Terkorban kau menentang kemungkaran
Rebah tersungkur masih di dalam senyuman
Tabah hati menempuh cabaran
Ya Allah sampaikan salamku kepadanya
Pemergian tiada pengganti

Pemuda syurga gelaranmu di dunia
Kau pepohon penyinta ketaqwaan
Zuhud sifatmu redha setiap ketetapan
Pedoman engkaulah tauladan

Hancur tubuhmu bercerai di Karbala
Darah suci merah mengalir
Tenang nafasmu menyahut panggilan syuhada
Iringan wangian pengasih


Lagu ini bagi saya amat menyedihkan seni katanya... mengingatkan saya kepada perjuangan Rasulullah dan pejuang Islam lain namun kita telah mengabaikannya.Tidak ingatkah kita bahawa pejuang Islam dahulu sanggup mengorbankan nyawa mereka demi menegakkan agama Allah ini..bertungkus lumus mereka mempertahankan Islam...Tidak sedarkah kita bahawa ALlah masih sayangkan kita??
Allah masih memberikan peluang untuk kita hidup dan ada yang masih berpeluang menikmati nikmat kesihatan...
Saya masih teringat ketika melakukan ziarah di hospital...
Amat menyedihkan kerana terdapat ramai pesakit yang berada didalam keadaan kritikal dan sukar...
Semoga ALlah mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada mereka...

Semoga saya dan sahabat menjadi hamba bersyukur kerana masih diberi nikmat kesihatan..
Agaknya bilakah pula waktunya anugerah Allah kepada kita akan ditarik balik??
Disini saya ingin memetik sebuah hadis Nabi SAW.(saya ambil secara mudah dari buku teks ting. 5 Pend. Al-Quran & As-Sunnah m/s 129)

Maksud hadis:
Daripada Abu Hurairah R.A katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada mukmin yang lemah.
Tiap-tiap mereka mempunyai kebaikan Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan suatu yang berfaedah untukmu dan mohonlah pertolongan daripada Allah serta janganlah engkau menjadi lemah. Jika engkau ditimpa bencana janganlah berkata,
"Kalaulah aku melakukannya tidaklah jadi begitu dan begini",
tetapi (katakanlah),
"Allah yang telah mentakdirkannya".
Apa-apa sahaja yang Allah kehendaki akan dibuatnya. Sesungguhnya ungkapan "Kalau" itu membuka peluang kepada syaitan.


Oleh itu buktikanlah bahawa sahabat merupakan golongan yang kuat itu sebelum kita menjadi lemah dan tidak berdaya dan tidak mampu memberikan apa-apa manfaat kepada Islam..
zaman ini kita terpengaruh dengan masalah seperti hiburan yang melampau,hedonisme dan perkara-perkara yang melalaikan.Dimana kita sepatutnya berada dan perjuangkan?kepada sahabat dan diri saya sendiri, saya menyeru tuntutlah ilmu sehingga titisan darah terakhir dan manfaatkanlah ianya untuk mempertahankan dan menyebarkan kalimah tauhid Islam yang agung...La ila ha illAllah.
Sumbangkanlah sesuatu untuk Islam...
Sumbangkanlah selagi mana kita mampu...
Sumbangkanlah sebelum kita hilang kemampuan tersebut...
Allah SWT telah berjanji bahawa orang yang berilmu itu dikurniakan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. amin ya robbal alamin.....

Monday, August 3, 2009

METODE DAKWAH KEPADA ORANG BUKAN ISLAM



Dakwah kepada orang bukan Islam memerlukan metode yang sesuai dan mantap, supaya usaha dakwah mendapat tarikan dan pengaruh dari sasaran. Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk berdakwah kepada orang bukan Islam ialah cuba memahami dasar-dasar agama mereka dan adat-adat kebudayaan, termasuk pantang larang. Dengan itu, usaha mengetahui perkara-perkara tersebut hendaklah dilakukan sebelum memulakan dakwah. Dalam hal ini, mempelajari perbandingan agama sangat perlu. Usaha dakwah tanpa mengetahui dasar-dasar agama dan adat kebudayaan sesuatu kaum akan bercanggah dengan peraturan dakwah, yang bukan setakat mungkin tidak menghasilkan kejayaan, tetapi boleh membawa kesan sebaliknya.

1.Dakwah bil hal.

Dakwah bil hal bererti dakwah melalui contoh teladan yang baik. Ia menjadi contoh teladan atau modul kepada kemuliaan dan keagungan Islam. Dakwah bil hal boleh menghilangkan perasaan prejudis dan negatif orang bukan Islam terhadap Islam. Penonjolan contoh teladan yang baik dalam kehidupan harian orang Islam adalah merupakan satu perkara yang penting dalam dakwah kerana ia boleh memperlihatkan tentang kemuliaan agama Islam yang perlu diikuti oleh semua orang. Contoh teladan yang baik akan menjadi pengaruh yang besar kepada orang lain untuk mengikuti sesuatu cara hidup yang ditunjukkan.

2.Pembinaan hubungan.

Membina hubungan bertujuan untuk melahirkan perasaan jinak, percaya dan terpaut kepada usaha dakwah. Ia juga untuk melenyapkan perasaan curiga dan syak wasangka terhadap Islam dan orang Islam. Ia boleh memikat hati sasaran. Kepercayaan memainkan peranan yang besar untuk mempengaruhi seseorang. Nabi SAW mengarahkan orang Islam supaya membina hubungan yang baik dengan orang lain. Persahabatan yang baik di sisi Allah ialah persahabatan yang paling baik di kalangan mereka. Sabda Nabi Muhammad SAW:

Maksudnya: Kawan yang terbaik di sisi Allah SWT ialah orang yang paling baik kepada kawannya, dan jiran yang terbaik di sisi Allah ialah orang yang terbaik kepada jirannya.

Hadis tersebut membawa pengukur dari Allah untuk menilai kawan dan jiran terbaik di sisi-Nya. Dalam dakwah hubungan ini sangat penting kerana ia menjadi lebih senang untuk mempengaruhi sasaran.

3.Penonjolan diri dengan ketinggian status.

Pendekatan ini ialah dengan cara menonjolkan diri supaya dapat dilihat bahawa orang Islam memiliki status yang tinggi dalam kehidupan, sebagai kesan daripada agama Islam yang tinggi dan mulia. Pengikut Islam adalah golongan yang berjaya dalam hidup di dunia ini dan hendaklah sentiasa berusaha kearah itu. Orang Islam tidak sekali-kali dan bukanlah merupakan golongan yang bodoh, jumud, jahil, lemah, comot, pemalas dan hina, kerana kemuliaan dan ketinggian adalah hak orang Islam. Keadaan demikian boleh membawa pengaruh yang besar kepada orang bukan Islam.
Kejayaan hidup, terutamanya dari sudut kemajuan ekonomi orang Islam boleh menjadi pendorong kepada orang bukan Islam terhadap Islam. Prof. Khoo Kay Kim menjelaskan bahawa salah satu faktor utama yang menyulitkan orang Cina di negara ini membuat tanggapan dan penilaian terhadap Islam adalah berpunca dari kemiskinan hidup sebahagian besar dari masyarakat Melayu terutama di kawasan luar bandar. Keadaan tersebut menyebabkan mereka salah faham bahawa agama Islam itu agama yang antikemajuan ekonomi.
Kejayaan hidup yang dicapai oleh seseorang menempatkannya ke dalam golongan yang mempunyai status yang tinggi dan sangat senang menjadi tarikan orang lain kepadanya.

4.Penekanan isi berhubung dengan wahyu dan kerasulan.

Penekanan tetang wahyu dan kerasulan (isi dakwah) adalah untuk memberi kefahaman bahawa Islam berasal dari Pencipta alam ini dan keadaannya berbeza sama sekali dengan agama-agama lain yang punca asalnya tidak menentu, sama ada dari Pencipta atau dari pemikiran manusia. Perbincangan mengenai Al-Quran yang datang dari Allah SWT dan mukjizat-mukjizat yang membuktikannya hendaklah ditonjolkan. Perbincangan juga ditonjolkan tentang keaslian Al-Quran sampai sekarang. Perbincangan-perbincangan tersebut untuk memperlihatkan bahawa Islam bukan agama untuk manusia, tetapi agama untuk Pencipta alam ini.

Nota:Kredit untuk buku Profesor Aziz dari Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, UM - METODOLOGI DAKWAH