Monday, May 25, 2009

SAYA NAK BLOG SAYA ADA TV MACAM TVKITA !! - MARI MENGGODEK http://tvkita.blogspot.com



p/s:harap tvkita tak marah ye...kami cume nak belajar-belajar je...

maafla dah lame tak brape nak mengupdate blog sebab bz. jadi kita akan cuba amik tv dari blogspot ye. jadi perkara pertama yang kita kena tahu ialah tvkita berdiri di tapak blog dari jenis blogspot.com yang dinaungi oleh Google.tvkita didirikan oleh En. Mohd Kamil bin Abdul Halim yang saya lihat sebagai seorang yang hebat kerana telah berusaha untuk mengumpulkan pautan-pautan atau link tv dan lain-lain lagi. kredit untuk beliau. Straight to the point... untuk memasang tv di blog sahabat dengan cara sempoi dan mudah ialah pertamanya sahabat kena tahu bahawa kita mestilah mencari pautan atau link ke tv tersebut. Jadi bagaimana? Sudah tentu ianya tersembunyi disebalik source code atau sumber kod blog tersebut.

Skill pertama yang ingin saya ajarkan ialah kita mestilah cuba mencari berapa banyak tvkita yang telah dipasang oleh En. Kamil di blognya tersebut. Cara mudah anda boleh pergi terus ke laman web En. Kamil dan lihat berapa banyak pautan atau link yang ada disitu. Sekiranya sahabat ingin cuba cara lain, cuba kita gunakan syntax yang terdapat pada google iaitu syntax site:

taipkan perkataan ini di enjin pencarian google sahabat (jangan lupa jarakkan ye perkataan tvkita dengan blogspot.com tu) seperti gambarajah dibawah

site:blogspot.com tvkita




Jadi sebenarnya bagaimana syntaks ini berfungsi?kalau sahabat lihat hasil pencarian yang telah dibuat, sebenarnya arahan site:blogspot.com hanya akan pergi ke laman web yang di url nya terdapat perkataan blogspot.com. cuba sahabat perhatikan kesemua hasil pencarian sahabat dan kalau ingin cuba yang lain, cubalah contohnya seperti site:um.edu.my maka hasilnya kesemua laman adalah yang dimiliki oleh univerisiti malaya. dan perkataan tvkita itu sebenarnya berfungsi untuk mencari perkataan tvkita la. Jika sahabat lihat perkataan tvkita terdapat disemua hasil pencarian sahabat.


langkah berikutnya mari kita ambil blog tvkita yang ini. http://tvkita3.blogspot.com/ dan sahabat akan masuk ke blog yang menyediakan perkhidmatan tv3 secara online. Seterusnya untuk mendapatkan source code atau sumber kod untuk memasang tv ialah cara mudahnya..

lihat gambarajah dibawah. sahabat boleh nampak bahawa tv3 online tersebut terletak dibawah perkataan tv3 kan? JADI KITA BOLEH BUAT RUMUSAN BAHAWA SUMBER KODNYA BOLEH JADI TERLETAK SELEPAS SUMBER KOD TV3.




Oleh itu sekiranya sahabat menggunakan perisian web browser firefox bolehlah pergi ke bahagian view->page source dan klik terus ataupun tekanlah kekunci Ctrl+U untuk melihat sumber kodnya.



Nah selepas itu sahabat akan melihat bermacam-macam jenis kod kan.wah bagaimana nak cari satu-satu ni... letihla..

jadi sahabat-sahabat tekanla kekunci Ctrl-F ataupun pergi ke bahagian Edit->Find dan taipkan perkataan tv 3. seperti gambarajah di bawah.




Dan akhirnya perhatikan dibawah perkataan tv 3 tersebut. Nah kelihatan sesuatu kod yang rasa-rasanya mungkinla dia..



okey jadi cara mudah seterusnyala kan..cuba kita cari sesuatu url...hmm maksud saya macam ada http ker. kadang-kadang tv ni selain menggunakan url dan protokol http dia juga akan menggunakan protokol berbentuk mms. takpun kita cuba cari perkataan src=.sebenarnya perkataan ni bermaksud source atau sumber yang mana bagitahu kepada kita sumbernya datang daripada mana. protokol tu maksud saya cara mereka berhubungla.misalnya macam telefonla, kan ada sms,mms lar dan memacam lagilar...


jadi tengokla gambar dibawah ni.saya gariskan perkataan src tu.dan kalau sahabat perasan bahawa ada tag center iaitu <center> dan </center> tu sebenarnya bermaksud cuba meletakkan kedudukan tv tersebut berada di tengah-tengah.cubala tengok kedudukan tv tu ianya berada ditengah-tengah.tak lebih kekanan dan tak lebih kekiri...



okeh. kalau tak percaya apa saya cakap tadi meh kita cuba jom.cuba sahabat amik je url dari sumber kod tu. iaitu http://content.uum.edu.my/uum256/uum256.asx dan tampalkannya di browser anda takpun klik jelar yg saya bagi ni. err alamak tv tgh masalah tak keluar plak.

tapi kalau nak cara mudah ialah sekiranya anda dah dapat source code tersebut seperti yang telah saya bulatkan dan kalau anda nak test maka copy je source code tersebut dan tampal di blog anda.

sila pergi ke bahagian layout > page elements > klik add a gadget dan pilih HTML/Javascript tu dan paste...

<center>
<embed type="application/x-mplayer2" WIDTH=400 HEIGHT=400 pluginspage="http://www.microsoft.com/Windows/MediaPlayer/" name="mediaplayer1" showstatusbar="1" autostart="true" width="300" height="285" balance="0" currentPosition="0.8491248" playCount="1" autoStart="-1" currentMarker="0"
invokeURLs="-1" volume="100" mute="0" loop="0" src=http://content.uum.edu.my/uum256/uum256.asx></embed>
</center>


aha nila contoh kodnyer seperti diatas nih yang telah saya copy dari sumber kod blog tersebut. tampal kat html/javascript yek dan kalau kreatif bolehla modify sket.tengokla contoh gambar di bawah dan saya ada kumpul sedikit beberapa url tv lain testla.kalau nak elok tampal di blog bolehla ganti dengan url selepas src= iaitu kod di atas.takpun boleh juga klik je link saya bagi tu dan kalau dia bagi option utk buka,bolehlah cuba buka dengan windows media player.

mms://58.27.3.140/tv1

mms://stream.upm.edu.my/aspirasi0




aha selamat mencuba dulu.
nanti jela yek kita sambung dah lewat malamla saya nak balik.

0 comments: