Monday, January 23, 2012

Rintihan seorang pengembara


Ya Allah...
Kami tahu kami akan mati
Kami tahu kami akan menghadapMu
Kami sedar janjiMu itu sesungguhnya benar
Para malaikatMu setiap saat mencatit amalan kami
Tetapi mengapa ya Allah
Kami ini masih gagal menunaikan perintahMu
Malas, Sombong, Takbur, Riya memenuhi jasad kami
Kami sering melupakan kematian
Janji kematian yang dilaksanakan malaikat Izrail
Hati kami terlalu keras dipenuhi noda titik hitam...

Kami tak rela menjadi golongan sesat
Kami takut seksaan azab kuburMu
Mata,Mulut,Tangan,Kaki & anggota badan kami menjadi saksi dihari pengadilan...
Manakan mungkin kami menyembunyikan kesalahan kami...
Segala-galanya diketahui olehMu ya Allah...
Tak mampu untuk kami ya Arrahman untuk menanggung seksaan hari akhiratMu...
Sekiranya ya Allah..
Hidup kami ini hanya melakukan dosa
Segeralah matikan kami
Izinkan dan terimalah taubat sebelum kematian kami...

Namun ya Allah sekiranya kami boleh berbakti pada agama dan kalimah agungMu...
Lindungi kami dan jadikanlah kami orang-orang berilmu,beriman dan bertaqwa..
Jauhkanlah kami dari maksiat...
Jauhkanlah kami dari azabMu...
Kuatkan kami untuk melawan syaitan yang membisikkan kejahatan kepada kami
Gagahkan kami ya Allah untuk menundukkan hawa nafsu
Kurniakanlah petunjuk hidayahMu dan kasih sayangMu...
Kepada keluarga kami dan muslimin muslimat sekaliannya...
Semoga kehidupanku ini ya Allah menyumbangkan sesuatu untuk agamaMu
Moga kehidupanku ini tidak sia-sia umpama debu berterbangan yg ditiup angin...
Hidupkan kami dengan akhlak mulia ya Allah...

Wednesday, January 11, 2012

Masalah BSOD @ Blue Screen Of Death dalam Windows


--Contoh gambar kejadian BSOD @ Blue Screen Of Death--

Assalamualaikum wbt. InsyaAllah tajuk pada hari ini sy akan membincangkan tentang masalah yang sering berlaku pada windows khususnya Microsoft Windows XP dan kebawah iaitu BSOD atau “Blue screen of death”. Semoga dgn adanya artikel berbahasa malaysia ini dapat memberikan sedikit pencerahan dan penjelasan.

Kejadian BSOD atau Blue Screen Of Death akan muncul apabila terdapat masalah serius dalam windows dan ia bertujuan untuk menghentikan sistem windows daripada berlaku kerosakan dan masalah yang lebih besar, dan apabila berlaku ia akan memaparkan skrin berwarna biru seperti gambar yg sy tunjukkan seperti diatas.

Kesan apabila berlakunya BSOD ini maka sistem operasi Windows yg digunakan akan terhenti utk memberikan respon, mempunyai background berwarna biru dan sahabat mungkin perlu untuk restart komputer semula dengan menekan butang on/off selama beberapa saat atau menekan butang reset.

Tetapi sebelum menekan butang on/off cuba ambil screenshot skrin berwarna biru tersebut dan pastikan gambar yang diambil tersebut adalah jelas ataupun setidaknya salin kod-kod yang dirasakan perlu. Ini adalah kerana kod-kod tertentu telah direka secara khusus oleh syarikat Microsoft untuk menjelaskan jenis-jenis masalah serius yang berlaku pd sistem operasi anda.

Sekiranya masalah tadi hanyalah masalah bersifat sementara maka insyaAllah selepas sahabat menghidupkan komputer maka masalah BSOD ini tidak muncul lagi.
Namun sekiranya masalah ini tidak bersifat sementara iaitu selepas melakukan boot process atau proses menghidupkan komputer semula menjadi gagal akibat BSOD ataupun dalam kes lain, sahabat berjaya menghidupkan komputer,login ke dalam windows dan menggunakan sistem operasi untuk bberapa waktu namun tiba-tiba BSOD masih muncul lagi maka ia memerlukan kepada repairing atau menyahralat/membetulkan masalah yg berlaku.

Secara mudahnya saya akan listkan masalah-masalah yang pernah saya temui menurut pengalaman saya:


--Windows ME @ Millenium Edition adalah Windows lama yang jarang digunakan lagi--

Kes pertama: Apabila kita install software namun software tersebut adalah tidak bersesuaian dengan sistem operasi windows kita. Dahulu di tempat belajar saya, sebuah pc yang digunakan di jabatan yang menggunakan sistem operasi windows ME mempunyai BSOD. Komputer tersebut sudah dibiarkan selama hampir seminggu lamanya kerana menunggu waktu yang sesuai untuk dihantar kepada technician. Namun kawan-kawan meminta saya cek dahulu masalah windows ME tersebut.
Perkara pertama yang saya tanya adalah apakah perkara yang dibuat sebelum sistem operasi tersebut crash atau mendapat BSOD. Salah seorang kawan mengatakan pc tersebut telah diinstall dengan antivirus AVG.


--Software Antivirus AVG--

kemudian tidak lama kemudian ia mendapat BSOD. Jadi perkara pertama yang saya syak adalah, berkemungkinan besar software antivirus AVG tersebut adalah tidak bersesuaian dengan sistem operasi windows ME tersebut. Jadi saya membuat andaian bahawa versi antivirus AVG tersebut mungkin yang diinstall tersebut sebenarnya adalah versi baru yang hanya sesuai untuk diinstall di sistem windows XP atau Vista. Jadi saya cuba mengambil langkah dengan uninstall software tersebut.

Caranya adalah:


--Contoh keadaan safemode dan ambil pilihan atas sekali @ "Safe Mode" utk memasuki environment tersebut
(Keadaan safe mode adalah dimana hanya prosess paling penting sahaja iaitu prosess yang akan menghidupkan sistem operasi sahaja yang akan berjalan. software dan driver-driver lain tidak akan diaktifkan seperti driver grafik menyebabkan grafik desktop anda kelihatan besar daripada biasa)--


Tekan butang on komputer --> cepat-cepat tekan butang f8 untuk masuk kedalam safe mode (sebab kalau masuk secara normal confirm tak boleh dihalang oleh BSOD) --> Berjaya login ke dalam windows ME ikut safe mode --> uninstall software --> buat checkdisk --> akhirnya Alhamdulillah masalah BSOD hilang! :P


Kes ke-2: Windows kerapkali asyik BSOD sahaja. Dan akhirnya pemilik komputer meminta saya format komputer tersebut. Ia menggunakan sistem operasi windows XP.
Saya bertanyakan kepada pemilik komputer apa perkara terakhir dibuat sebelum BSOD. Namun pemilik komputer tidak dapat memberikan sebarang informasi yang berguna.
Hanya dia mengatakan tidak tahu kerana tiba-tiba sahaja ianya berlaku sebegitu.

Saya cuba masuk safe mode, gagal ! Saya gunakan livecd linux untuk masuk kedalam windows namun gagal ! Langkah terakhir adalah saya cuba format komputer, kerana tak tahu apa masalah yang berlaku namun format komputer pun gagal kerana masih timbul masalah BSOD !


--Contoh kad RAM ddr2 dan ddr3--

jadi saya berpendapat mungkin BSOD timbul adalah disebabkan oleh masalah hardware. Hardware pertama yang menjadi sasaran saya adalah Kad RAM atau kad memori. Berkemungkinan salah satu kadnya rosak. Jadi saya cuba scan menggunakan perkhidmatan yang disediakan didalam livecd linux. Memang benar terdapat output mengatakan bahawa ada kad RAM yang bermasalah. Jadi langkah pertama adalah cubaan mencabut salah satu kad RAM dari 2 kad RAM yang ada. Berjaya!!

Memang benar salah satu kad RAM telah rosak! Alhamdulillah. Kalau sahabat tidak mempunyai livecd linux mungkin boleh terus mencuba cara manual iaitu cubaan mencabut salah satu kad RAM yang ada didalam laptop. Buat pengetahuan kad RAM atau Random Access Memory adalah satu kad fizikal yang digunakan untuk menampung memori sementara bagi pc atau laptop. Contohnya sahabat membuat kerja didalam Microsoft words, memasang lagu, melayari internet, grafik didalam komputer, semuanya adalah dengan bantuan RAM.


Kes ke-3: Windows juga kerapkali asyik BSOD. Pemilik komputer menggunakan windows XP dan meminta saya cek komputernya. Untuk login secara normal adalah gagal. Cubaan untuk masuk ke safe mode berjaya. Dengan sedikit kemahiran yang ada saya berjaya menjumpai virus-virus yang berkemungkinan besar saya percaya menyebabkan BSOD. Teknik menjumpai virus tersebut adalah:
Tekan butang on komputer --> cepat-cepat tekan butang f8 untuk masuk kedalam safe mode (sebab kalau masuk secara normal confirm tak boleh dihalang oleh BSOD) --> Berjaya login ke dalam windows ME ikut safe mode --> start menu --> run --> cek msconfig (Microsoft configuration berfungsi untuk melihat program,servis, proses apa yang berlaku ketika login ke windows) iaitu dengan pergi ke run dan taip msconfig --> cek proses apa yang disyaki dan hentikan ia --> terdapat virus yang menyorok di folder system32 dan delete ia --> cek key registry dan betulkan sedikit sebanyak apa yang termampu dan sebenarnya proses membuang virus ini agak kompleks dan perlu berhati-hati (sebaiknya belajar daripada yang tahu)--> namun Alhamdulillah akhirnya berjaya kerana kestabilan windows diganggu oleh virus tersebut!!


Kes ke-4: Kejadian yang menimpa sahabat saya. Dia telah format dan install sebuah pc lama dengan windows XP service pack 2. Namun setelah mengupgrade atau menaiktaraf kepada windows XP service pack 3 dan restart kembali komputer , tiba-tiba terjadinya kejadian BSOD. Berkemungkinan besar sistem windows XP service pack 3 adalah tidak bersesuaian dengan requirement yang mampu ditampung oleh pc lama tersebut. Maka beliau format semula dan hanya menggunakan sistem windows XP service pack 2. Untuk mengetahui service pack berapakah yang digunakan oleh pc sahabat sekarang maka:


--Sahabat boleh melihat jenis service pack menerusi properties My Computer--

Klik kanan kepada ikon “My Computer” --> klik pada properties --> dan di bahagian general akan dapat melihat service pack berapakah yang sedang digunakan.

Kes ke-5: BSOD berlaku di komputer saya sendiri yang mana pada waktu itu saya telah membuka satu demi satu program sehingga banyaknya program tersebut dan proses yang dilakukan oleh program tersebut tidak mampu ditampung oleh laptop saya menyebabkan BSOD.



Kes ke-6: Saya menggunakan program catur komputer iaitu Fritz dari chessbase yang mana enjin catur tersebut menggunakan memori yang sangat tinggi dan tidak mampu ditampung oleh kad RAM di laptop saya yang akhirnya menyebabkan BSOD



-- My Computer --> klik kanan --> properties --> Hardware --> Device Manager --> Disinilah terletaknya interface utk melihat driver windows XP
(Ikon kuning di gambar device manager diatas bermaksud bahawa masih terdapat driver yang tidak diinstall lagi)--

Kes ke-7: Ketika mana salah satu sahabat saya meminta saya untuk format laptop acer beliau dan installkan windows XP. Saya berjaya memformat laptop tersebut dan installkan windows XP. Namun apabila saya melakukan langkah seterusnya iaitu untuk memasukkan atau install driver-driver untuk laptop tersebut laptop tersebut mengeluarkan paparan BSOD. Buat pengetahuan sahabat "driver" didalam sistem operasi windows ini bermaksud suatu perisian yang boleh membantu untuk mengaktifkan hardware. Misalnya tanpa "driver bunyi" maka kad sound dan speaker didalam laptop tidak mungkin akan mengeluarkan suara. Tanpa "driver wireless" maka sahabat tidak mungkin dapat menggunakan wireless didalam laptop utk connect ke wifi yang disediakan di universiti. Tanpa "driver grafik" maka gambar desktop akan menjadi besar dan tidak smooth. Kejadian BSOD yang saya lalui disini adalah disebabkan driver yang saya install adalah tidak bersesuaian dengan hardware yang digunakan. Oleh itu saya sekali lagi masuk ke dalam safe mode dan uninstall @ membuang driver yang tidak sesuai tersebut.

Kes ke-8
Kes ke 8 ni bukanlah kes. Tetapi ada orang yang mendownload screen saver yang memaparkan gambar BSOD palsu bertujuan untuk mempermainkan orang :) terdapat juga BSOD palsu khusus utk login juga untuk mempermainkan orang :) mungkin boleh dilihat disini:
http://www.youtube.com/watch?v=U77FyytoXjA&noredirect=1
http://downloadsquad.switched.com/2006/11/11/bsod-screensaver-from-microsoft-sysinternals/


Sebagai nasihat apa yang boleh saya cadangkan adalah.
Sahabat cuba baca apakah yang tertulis di paparan BSOD tersebut. Ambil screenshot yang jelas ataupun salin data yang penting yang tertulis di atas paparan skrin tersebut. Dan berikut merupakan sedikit panduan bagi memahami error yang dipaparkan:

UNEXPECTED_KERNEL_MODE_TRAP
Mesej diatas ini mungkin adalah disebabkan masalah oleh kad RAM. Langkah pertama cuba cabut salah satu kad RAM dan cuba hidupkan semula. Sekiranya gagal cuba tukar kad RAM misalnya dari jenama Mushkin kepada jenama Kingston.Masalah mungkin juga timbul oleh kerana kad RAM yang dimasukkan adalah berlainan jenis dari sudut kelajuan atau jenama.Misalnya 2 slot kad RAM didalam laptop diisi dengan kad RAM dari jenis jenama yang berbeza diantara slot 1 dan slot 2. Mungkin juga kad RAM yang mempunyai jenama yang sama namun berbeza dari sudut kelajuan adalah tidak sesuai. Contohnya kelajuan 667 Mhz utk kad di slot pertama maka sebaiknya kelajuan kad RAM di slot ke-2 juga adalah 667 Mhz



BAD_POOL_HEADER
Mungkin berlaku oleh kerana kita telah melakukan perubahan terakhir kepada sistem operasi yang kita gunakan. Misalnya mungkin menginstall atau memasukkan software-software yang sebenarnya adalah tidak bersesuaian dengan requirement sistem operasi.



IRQL_NOT_LESS_OR_EQUAL
Error diatas mungkin disebabkan oleh masalah driver yang tidak bersesuaian yang mana telah saya ceritakan didalam kes ke-7 :)



KMODE_EXCEPTION_NOT_HANDLED
Mungkin disebabkan oleh masalah driver juga atau masalah driver yang telah salah diconfigure

NTFS_FILE_SYSTEM
Mungkin berlaku oleh kerana harddisk yang telah corrupt. Oleh itu antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan checkdisk.
tekniknya adalah boot menggunakan dvd windows 7 kemudian gunakan command prompt yang disediakan didalam windows 7 dan jalankan perintah ini:
apabila sahabat telah boot dari dvd windows 7 atau vista, akan mendapat paparan seperti dibawah ini:


-- Klik Next --


-- Klik Repair --


-- Biarkan ia selesai tugasnya kemudian klik Next --


-- Klik Command Prompt --


--Akan muncul satu kotak hitam seperti diatas dan namanya adalah command prompt--


dan lakukan command @ arahan dibawah ini:

chkdsk /f /r c:




dan biarkan ianya selesai.


Jenis-jenis error lain mungkin boleh dirujuk disini insyaAllah:

http://technet.microsoft.com/en-us/library/cc750081.aspx

manakala link dibawah adalah merupakan wikipedia dan definisi kepada blue screen
http://en.wikipedia.org/wiki/Blue_Screen_of_Death

Segala kekurangan sy dengan rendah hati memohon maaf terutama kepada ain. Sekiranya ada penambahan boleh dikomen didalam ruangan komen.Syukur kepada Allah kerana memberi hambaMu ini sedikit ilmu utk dikongsikan T_T

Monday, November 29, 2010

Java OOP (Object Oriented Programming) yang terbaik



Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar kepada semua yang teraccident melawat blog ini.Saya pd hari ini teringin nak cerita tentang java. Saya telah pun mempelajari sedikit sebanyak tentang java melalui pengajaran seorang pensyarah dari Pakistan iaitu En. Syaikh Qaissar Ayyub jadi sebagai perkongsian ilmu saya akan cuba jelaskan apakah java itu menurut pemahaman saya dan tulisan yang saya buat ini adalah secara direct jadi segala kesilapan harap di maafkan. Segala komen boleh diberikan.

Semasa awal-awal dulu sebelum memilih bahasa Java saya mendengar bahawa bahasa C adalah antara bahasa yang terbaik. C adalah bukan OOP namun ianya adalah pantas dan merupakan diantara bahasa didalam sistem Linux. dan saya memilih untuk mempelajari bahasa C sendirian. Dan waktu itu saya agak fanatik tentang Linux maka saya memilih untuk mendalami bahasa C walaupun tanpa guru. Saya juga telah membeli beberapa buah buku didalam C dan membaca tutorial-tutorial yang ada di internet. Waktu itu saya kurang mengetahui apakah itu Java. Akhirnya menerusi takdir Allah S.W.T saya berpindah ke aliran Java pula.

Java merupakan sebuah bahasa programming Open Source yang telah dibina oleh Syarikat Sun Micro System pada tahun 1991 dan ia dahulu dikenali sebagai bahasa Oak. Oak lebih difokuskan ITV supaya box ini menjadi interaktif dgn bahasa Oak. Bahasa Java ini telah dipelopori oleh bapa kepada pencipta editor Emacs didalam Unix based System iaitu James Gosling dan groupnya. Dan akhirnya pada 1995 bahasa Java telah dicommercializedkan secara public.

Apa yang saya boleh katakan disini ialah pada waktu itu Java dibina dengan benar-benar supaya ianya boleh berfungsi untuk pembangunan web,untuk internet secara dinamik dan interaktif. Secara tidak langsung Java juga benar-benar berkebolehan didalam pemprograman untuk networking.

Pertama sekali saya akan terangkan mengapa Java?
1.Platform Independent
Java adalah platform independent dan ini bermaksud bahawa apabila anda membuat program atau perisian didalam java maka anda tidak perlu compile lagi untuk menyesuaikannya dengan platform lain.Kerana apa?Kerana java menggunakan Java Virtual Machine yang berfungsi untuk run program tersebut. Selagimana ada JVM dimana-mana platform seperti pc,laptop,telefon,psp,OS linux, OS windows, OS mac, etc selagi itulah anda boleh run kan program anda diatas platform tersebut. JVM akan bertindak untuk menyesuaikan program, perisian anda kepada platform tersebut.Jadi jangan bimbang, hasilkan terus program anda dan anda boleh run kannya terus di platform kegemaran anda!

2.Object Oriend @ OOP
Java adalah object oriented programming yang menekankan penghasilan object dengan objek yang lain untuk menyelesaikan masalah.anda boleh bandingkan dengan bahasa C dimana didalam bahasa C kesemua coding untuk bahasa C dimuatkan didalam satu source file tetapi didalam Java anda boleh membahagikan coding yang besar kepada multiple object. Ini menyebabkan code anda lebih mudah untuk dilakukan pembetulan atau debugging terhadap ralat yang anda hadapi didalam kod-kod java anda. konsep OOP ini boleh dilihat dengan adanya teknik inheritance atau perwarisan, teknik polymorphism contohnya membenarkan duplication method-method didalam coding tetapi dengan argument yang berbeza misalnya, teknik encapsulation utk keselamatan, dan abstraction yang membantu mengurangkan coding yang complex.



..will be update

Tuesday, March 23, 2010

Tuntutlah ilmu kawanku...



Gambar diambil dari laman web iluvislam.com

Daripada Abu Ad-Darda' r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkannya jalan menuju ke syurga dan para malaikat mengembangkan sayapnya menaungi orang yang menuntut ilmu kerana sukakan mereka. Sesungguhnya orang yang alim juga akan di pohonkan keampunannya oleh makhluk yang berada di langit dan di bumi sehinggakan ikan di air, dan kelebihan seorang yang berilmu dengan seorang abid sama seperti bulan purnama berbanding dengan cakerawala-cakerawala yang lain. Sesungguhnya ulama itu pewaris para nabi dan sesungguhnya para nabi tidak sedikitpun meninggalkan harta walau satu dinar atau satu dirham, sesungguhnya mereka hanyalah mewariskan ilmu, maka sesiapa yang mendapatkan ilmu bererti ia telah memperolehi bahagiannya yang besar"

Ini adalah maksud hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang kepentingan menuntut ilmu. Terasa beruntung sekiranya kita menjadi golongan yang di sebutkan oleh Baginda yang mulia. Dan memang benar-benar beruntung... Saya mahu menjadi golongan itu...

Tetapi dalam hendak menuntut ilmu banyak pula cabaran dan ujian. Tidak saya nafikan kadang-kadang saya sendiri terasa sangat malas untuk mempelajari sesuatu, hanyut dibuai dengan permainan-permainan maya, hanyut dibuai dengan mimpi yang hanya seketika..mungkin di sebabkan keadaan sekitar yang aman damai membuatkan diri berasa di manja kerana tidak mempunyai kepayahan dan kesusahan..

Setiap pagi saya melihat pekerja-pekerja dari Indonesia dan Bangladesh pergi bekerja. Alangkah kuatnya semangat mereka. Sudahlah setiap pagi.. bekerja keras pula mengangkat batu-bata...membancuh simen.. berdiri pula di tengah panas yang membakar kulit.. berbeza dengan saya yang di berikan peluang untuk belajar. Beruntung pula duduk di bawah penghawa dingin... Berteduh pula di bawah nama besar universiti..
Sepatutnya saya bekerja sekeras-keras mereka...:(

Mungkin saya gagal di dalam menuntut ilmu sekeras-keras semangat mereka...
...

Bimbang mengecewakan ibu bapa...
Malu menjadi umat Rasulullah...
Allah perhatikan pula selama ini...

Teringat pula pesan Ustazah saya.. semasa di sekolah...

"Kamu jangan ingat semua perkara yang kamu buat ni tidak di ketahui Allah... semuanya akan di pertontonkan semula di hari pembalasan nanti"


Pesanan Ustazah mengingatkan saya pada rakaman video... sewaktu tu saya masih tak matang... jadi saya membayangkan ada seperti video pada waktu hari pembalasan kelak... segalanya di mainkan semula perbuatan kita.. di pertontonkan di jutaaan manusia...
Malunya.. Innalillah...

Kadang-kadang saya bertanya diri sendiri...
"Kalaulah aku solat taubat agak-agak di ampunkan ke?"

((Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami, tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.))


Surah Yasin ayat 65

Itulah peringatan Allah..
"entahlah apakah aku terlepas dengan dosaku selama ini:(..."

Walau bagaimanapun saya masih bersyukur..
Allah masih sayangkan saya lagi...
masih diberi nafas dan masih kuat lagi untuk melakukan sesuatu..
meskipun beberapa kali kemalangan tapi nyawa masih di dalam jasad..
inilah teguran Allah tetapi oh lambatnya diri ini sedar...
sebelum segala-galanya terlambat...
saya berjanji dan berikrar untuk memberikan sumbangan untuk agama Islam...
semoga Allah SWT memandu saya dan sahabat ke jalan yang benar...
Menjadi seorang yang berilmu dan membantu memperkembangkan agama Islam...
Inilah pusaka para Nabi..
Inilah janjiku kepada Mu Wahai Pemilik diriku...:(
Inilah janji kita bersama sahabat :)

((Sesungguhnya orang yang bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu))

Surah Fatir ayat 28

Friday, January 8, 2010

Menyelesaikan masalah MYSQL database anda didalam sistem Linux "MYSQL default password"

Bismillahirrohmanirrohim...
hari tu saya agak pening kepala kerana selepas menginstall MYSQL didalam linux sabily saya gagal login kedalam database saya sendiri.

meskipun masalah ini semacam kecil tetapi saya percaya ada diantara kita yang mahu mula belajar menguruskan database akan hilang arah dan lumpuh semangat ketika atau mungkin selamanya!

bagi golongan novice yang baru mula berjinak-jinak pasti tertanya-tanya kenapa masalah ini tak didokumentasikan didalam manual mysql yang boleh diakses menerusi command man mysql ? saya menggunakan mysql versi 5.0.67

baiklah secara ringkasnya saya percaya password defaultnya ialah:

toor
(toor adalah perkataan terbalik dari perkataan root)

sahabat boleh mencuba nasib dengan menggunakan command ini didalam shell

mysql -u root -p

dan tekan enter. kemudian letakkan password kita iaitu toor.perkataan yang sahabat taip memang tidak boleh dilihat kerana atas dasar sekuriti.selepas taipkan password tekan enter

tahniah! dah berjaya rasanye?

sekiranya tak berjaya jangan bimbang ada teknik lain.ikuti langkah ini.(langkah ini umpama menggunakan live cd bagi mendapatkan password didalam komputer atau umpama mereset password bios dengan mencabut bateri cmos :D )

1.cek dahulu adakah mysql berjalan dengan command ini
netstat -ant|grep 3306

2.sekiranya ada bagi pengguna ubuntu dan sistem debian boleh matikan menerusi menjadi root terdahulu atau gunakan command ini
sudo /etc/init.d/mysql stop

3.sekarang guna command ini pula didalam shell anda dengan menggunakan daemon@service ini
mysqld_safe --skip-grant-tables&

4.boleh login ke sistem database anda tanpa password!!
mysql -u root

5.amik database yang berkaitan.
use mysql;

6.tukar password anda
update user set password=PASSWORD('passwordsaya') where user='root';

7.anda dah tukar tapi masih tak siap lagi selagi tak lakukan command ini pula
flush privileges;

alhamdulillah dah siap!

Menyelesaikan masalah "xine was unable to initialize any audio driver" didalam sistem Linux

Assalamualaikum warahmatullah w.b.t. hari ini saya ingin menceritakan bagaimana sy menyelesaikan masalah bunyi atau suara yang tidak keluar ketika saya ingin memainkan lagu dan seumpamanya.sistem linux yang digunakan ialah "Backtrack 4" yang berdiri diatas distribusi Ubuntu 8.10 intrepid. jenis Desktop digunakan saya ialah dari KDE 3.5.10

Masalah ini timbul apabila tiba-tiba sahaja pemain mp3 Amarok saya gagal berfungsi dan hanya menyatakan error "xine was unable to initialize any audio driver".

Cara menyelesaikannya mudah sahaja iaitu dengan menggunakan shell anda.bagi pengguna KDE anda boleh menekan butang kekunci alt-f2 dan taip perkataan konsole dan tekan run.

satu kotak hitam akan dibuka dan kita akan taip command ini didalam konsole

lsof | grep snd


tekan enter

dan matikan prosess pid sound dengan command kill

{ lsof adalah bermaksud list open files manakala grep snd ianya akan grep atau tangkap barisan output yang menyatakan snd atau sound. kill pula digunakan untuk mematikan proses id sound tersebut}

p/s:kalau proses tu sangat degil utk dimatikan gunakan command ini ye:
kill -9 <noPIDnye>

Thursday, November 26, 2009

Tambahkan Siaran Radio IKIM di RHYTHMBOX Linux anda!!

Assalamualaikum semua.. bagi pendengar setia radio ikim yang menggunakan sistem operasi Linux anda boleh menggunakan aplikasi Rythmbox untuk mendengar siaran IKIM secara streaming dari internet.pastikan anda mempunyai connection ke internet terlebih dahulu ya.

caranya mudah.. misalnya bagi pengguna Sabily atau Ubuntu:

Pergi ke
Applications > Sound & Video > Rhythmbox Music Player

Klik di bahagian Radio dan tekan New jadi lepas tu letakkan URL ini ya mms://ucitv2.uthm.edu.my/radio2

Kemudian tekan butang play dibahagian atas kiri.



Bagi pengguna lain cara mudah ialah anda boleh melayari laman web ini
http://um.com.my/streaming/v1/modules.php?name=Video_Stream&page=watch&id=19


Begitu juga dengan Banshee. Saya juga telah menambahkan pemain muzik yang paling saya gemari ini dengan siaran Radio Ikim.



Selamat Mendengar!! :-)