--Contoh gambar kejadian BSOD @ Blue Screen Of Death--
Assalamualaikum wbt. InsyaAllah tajuk pada hari ini sy akan membincangkan tentang masalah yang sering berlaku pada windows khususnya Microsoft Windows XP dan kebawah iaitu BSOD atau “Blue screen of death”. Semoga dgn adanya artikel berbahasa malaysia ini dapat memberikan sedikit pencerahan dan penjelasan.
Kejadian BSOD atau Blue Screen Of Death akan muncul apabila terdapat masalah serius dalam windows dan ia bertujuan untuk menghentikan sistem windows daripada berlaku kerosakan dan masalah yang lebih besar, dan apabila berlaku ia akan memaparkan skrin berwarna biru seperti gambar yg sy tunjukkan seperti diatas.
Kesan apabila berlakunya BSOD ini maka sistem operasi Windows yg digunakan akan terhenti utk memberikan respon, mempunyai background berwarna biru dan sahabat mungkin perlu untuk restart komputer semula dengan menekan butang on/off selama beberapa saat atau menekan butang reset.
Tetapi sebelum menekan butang on/off cuba ambil screenshot skrin berwarna biru tersebut dan pastikan gambar yang diambil tersebut adalah jelas ataupun setidaknya salin kod-kod yang dirasakan perlu. Ini adalah kerana kod-kod tertentu telah direka secara khusus oleh syarikat Microsoft untuk menjelaskan jenis-jenis masalah serius yang berlaku pd sistem operasi anda.
Sekiranya masalah tadi hanyalah masalah bersifat sementara maka insyaAllah selepas sahabat menghidupkan komputer maka masalah BSOD ini tidak muncul lagi.
Namun sekiranya masalah ini tidak bersifat sementara iaitu selepas melakukan boot process atau proses menghidupkan komputer semula menjadi gagal akibat BSOD ataupun dalam kes lain, sahabat berjaya menghidupkan komputer,login ke dalam windows dan menggunakan sistem operasi untuk bberapa waktu namun tiba-tiba BSOD masih muncul lagi maka ia memerlukan kepada repairing atau menyahralat/membetulkan masalah yg berlaku.
Secara mudahnya saya akan listkan masalah-masalah yang pernah saya temui menurut pengalaman saya:
--Windows ME @ Millenium Edition adalah Windows lama yang jarang digunakan lagi--
Kes pertama: Apabila kita install software namun software tersebut adalah tidak bersesuaian dengan sistem operasi windows kita. Dahulu di tempat belajar saya, sebuah pc yang digunakan di jabatan yang menggunakan sistem operasi windows ME mempunyai BSOD. Komputer tersebut sudah dibiarkan selama hampir seminggu lamanya kerana menunggu waktu yang sesuai untuk dihantar kepada technician. Namun kawan-kawan meminta saya cek dahulu masalah windows ME tersebut.
Perkara pertama yang saya tanya adalah apakah perkara yang dibuat sebelum sistem operasi tersebut crash atau mendapat BSOD. Salah seorang kawan mengatakan pc tersebut telah diinstall dengan antivirus AVG.
--Software Antivirus AVG--
kemudian tidak lama kemudian ia mendapat BSOD. Jadi perkara pertama yang saya syak adalah, berkemungkinan besar software antivirus AVG tersebut adalah tidak bersesuaian dengan sistem operasi windows ME tersebut. Jadi saya membuat andaian bahawa versi antivirus AVG tersebut mungkin yang diinstall tersebut sebenarnya adalah versi baru yang hanya sesuai untuk diinstall di sistem windows XP atau Vista. Jadi saya cuba mengambil langkah dengan uninstall software tersebut.
Caranya adalah:
--Contoh keadaan safemode dan ambil pilihan atas sekali @ "Safe Mode" utk memasuki environment tersebut
(Keadaan safe mode adalah dimana hanya prosess paling penting sahaja iaitu prosess yang akan menghidupkan sistem operasi sahaja yang akan berjalan. software dan driver-driver lain tidak akan diaktifkan seperti driver grafik menyebabkan grafik desktop anda kelihatan besar daripada biasa)--
Tekan butang on komputer --> cepat-cepat tekan butang f8 untuk masuk kedalam safe mode (sebab kalau masuk secara normal confirm tak boleh dihalang oleh BSOD) --> Berjaya login ke dalam windows ME ikut safe mode --> uninstall software --> buat checkdisk --> akhirnya Alhamdulillah masalah BSOD hilang! :P
Kes ke-2: Windows kerapkali asyik BSOD sahaja. Dan akhirnya pemilik komputer meminta saya format komputer tersebut. Ia menggunakan sistem operasi windows XP.
Saya bertanyakan kepada pemilik komputer apa perkara terakhir dibuat sebelum BSOD. Namun pemilik komputer tidak dapat memberikan sebarang informasi yang berguna.
Hanya dia mengatakan tidak tahu kerana tiba-tiba sahaja ianya berlaku sebegitu.
Saya cuba masuk safe mode, gagal ! Saya gunakan livecd linux untuk masuk kedalam windows namun gagal ! Langkah terakhir adalah saya cuba format komputer, kerana tak tahu apa masalah yang berlaku namun format komputer pun gagal kerana masih timbul masalah BSOD !
--Contoh kad RAM ddr2 dan ddr3--
jadi saya berpendapat mungkin BSOD timbul adalah disebabkan oleh masalah hardware. Hardware pertama yang menjadi sasaran saya adalah Kad RAM atau kad memori. Berkemungkinan salah satu kadnya rosak. Jadi saya cuba scan menggunakan perkhidmatan yang disediakan didalam livecd linux. Memang benar terdapat output mengatakan bahawa ada kad RAM yang bermasalah. Jadi langkah pertama adalah cubaan mencabut salah satu kad RAM dari 2 kad RAM yang ada. Berjaya!!
Memang benar salah satu kad RAM telah rosak! Alhamdulillah. Kalau sahabat tidak mempunyai livecd linux mungkin boleh terus mencuba cara manual iaitu cubaan mencabut salah satu kad RAM yang ada didalam laptop. Buat pengetahuan kad RAM atau Random Access Memory adalah satu kad fizikal yang digunakan untuk menampung memori sementara bagi pc atau laptop. Contohnya sahabat membuat kerja didalam Microsoft words, memasang lagu, melayari internet, grafik didalam komputer, semuanya adalah dengan bantuan RAM.
Kes ke-3: Windows juga kerapkali asyik BSOD. Pemilik komputer menggunakan windows XP dan meminta saya cek komputernya. Untuk login secara normal adalah gagal. Cubaan untuk masuk ke safe mode berjaya. Dengan sedikit kemahiran yang ada saya berjaya menjumpai virus-virus yang berkemungkinan besar saya percaya menyebabkan BSOD. Teknik menjumpai virus tersebut adalah:
Tekan butang on komputer --> cepat-cepat tekan butang f8 untuk masuk kedalam safe mode (sebab kalau masuk secara normal confirm tak boleh dihalang oleh BSOD) --> Berjaya login ke dalam windows ME ikut safe mode --> start menu --> run --> cek msconfig (Microsoft configuration berfungsi untuk melihat program,servis, proses apa yang berlaku ketika login ke windows) iaitu dengan pergi ke run dan taip msconfig --> cek proses apa yang disyaki dan hentikan ia --> terdapat virus yang menyorok di folder system32 dan delete ia --> cek key registry dan betulkan sedikit sebanyak apa yang termampu dan sebenarnya proses membuang virus ini agak kompleks dan perlu berhati-hati (sebaiknya belajar daripada yang tahu)--> namun Alhamdulillah akhirnya berjaya kerana kestabilan windows diganggu oleh virus tersebut!!
Kes ke-4: Kejadian yang menimpa sahabat saya. Dia telah format dan install sebuah pc lama dengan windows XP service pack 2. Namun setelah mengupgrade atau menaiktaraf kepada windows XP service pack 3 dan restart kembali komputer , tiba-tiba terjadinya kejadian BSOD. Berkemungkinan besar sistem windows XP service pack 3 adalah tidak bersesuaian dengan requirement yang mampu ditampung oleh pc lama tersebut. Maka beliau format semula dan hanya menggunakan sistem windows XP service pack 2. Untuk mengetahui service pack berapakah yang digunakan oleh pc sahabat sekarang maka:
--Sahabat boleh melihat jenis service pack menerusi properties My Computer--
Klik kanan kepada ikon “My Computer” --> klik pada properties --> dan di bahagian general akan dapat melihat service pack berapakah yang sedang digunakan.
Kes ke-5: BSOD berlaku di komputer saya sendiri yang mana pada waktu itu saya telah membuka satu demi satu program sehingga banyaknya program tersebut dan proses yang dilakukan oleh program tersebut tidak mampu ditampung oleh laptop saya menyebabkan BSOD.
Kes ke-6: Saya menggunakan program catur komputer iaitu Fritz dari chessbase yang mana enjin catur tersebut menggunakan memori yang sangat tinggi dan tidak mampu ditampung oleh kad RAM di laptop saya yang akhirnya menyebabkan BSOD
-- My Computer --> klik kanan --> properties --> Hardware --> Device Manager --> Disinilah terletaknya interface utk melihat driver windows XP
(Ikon kuning di gambar device manager diatas bermaksud bahawa masih terdapat driver yang tidak diinstall lagi)--
Kes ke-7: Ketika mana salah satu sahabat saya meminta saya untuk format laptop acer beliau dan installkan windows XP. Saya berjaya memformat laptop tersebut dan installkan windows XP. Namun apabila saya melakukan langkah seterusnya iaitu untuk memasukkan atau install driver-driver untuk laptop tersebut laptop tersebut mengeluarkan paparan BSOD. Buat pengetahuan sahabat "driver" didalam sistem operasi windows ini bermaksud suatu perisian yang boleh membantu untuk mengaktifkan hardware. Misalnya tanpa "driver bunyi" maka kad sound dan speaker didalam laptop tidak mungkin akan mengeluarkan suara. Tanpa "driver wireless" maka sahabat tidak mungkin dapat menggunakan wireless didalam laptop utk connect ke wifi yang disediakan di universiti. Tanpa "driver grafik" maka gambar desktop akan menjadi besar dan tidak smooth. Kejadian BSOD yang saya lalui disini adalah disebabkan driver yang saya install adalah tidak bersesuaian dengan hardware yang digunakan. Oleh itu saya sekali lagi masuk ke dalam safe mode dan uninstall @ membuang driver yang tidak sesuai tersebut.
Kes ke-8
Kes ke 8 ni bukanlah kes. Tetapi ada orang yang mendownload screen saver yang memaparkan gambar BSOD palsu bertujuan untuk mempermainkan orang :) terdapat juga BSOD palsu khusus utk login juga untuk mempermainkan orang :) mungkin boleh dilihat disini:
http://www.youtube.com/watch?v=U77FyytoXjA&noredirect=1
http://downloadsquad.switched.com/2006/11/11/bsod-screensaver-from-microsoft-sysinternals/
Sebagai nasihat apa yang boleh saya cadangkan adalah.
Sahabat cuba baca apakah yang tertulis di paparan BSOD tersebut. Ambil screenshot yang jelas ataupun salin data yang penting yang tertulis di atas paparan skrin tersebut. Dan berikut merupakan sedikit panduan bagi memahami error yang dipaparkan:
UNEXPECTED_KERNEL_MODE_TRAP
Mesej diatas ini mungkin adalah disebabkan masalah oleh kad RAM. Langkah pertama cuba cabut salah satu kad RAM dan cuba hidupkan semula. Sekiranya gagal cuba tukar kad RAM misalnya dari jenama Mushkin kepada jenama Kingston.Masalah mungkin juga timbul oleh kerana kad RAM yang dimasukkan adalah berlainan jenis dari sudut kelajuan atau jenama.Misalnya 2 slot kad RAM didalam laptop diisi dengan kad RAM dari jenis jenama yang berbeza diantara slot 1 dan slot 2. Mungkin juga kad RAM yang mempunyai jenama yang sama namun berbeza dari sudut kelajuan adalah tidak sesuai. Contohnya kelajuan 667 Mhz utk kad di slot pertama maka sebaiknya kelajuan kad RAM di slot ke-2 juga adalah 667 Mhz
BAD_POOL_HEADER
Mungkin berlaku oleh kerana kita telah melakukan perubahan terakhir kepada sistem operasi yang kita gunakan. Misalnya mungkin menginstall atau memasukkan software-software yang sebenarnya adalah tidak bersesuaian dengan requirement sistem operasi.
IRQL_NOT_LESS_OR_EQUAL
Error diatas mungkin disebabkan oleh masalah driver yang tidak bersesuaian yang mana telah saya ceritakan didalam kes ke-7 :)
KMODE_EXCEPTION_NOT_HANDLED
Mungkin disebabkan oleh masalah driver juga atau masalah driver yang telah salah diconfigure
NTFS_FILE_SYSTEM
Mungkin berlaku oleh kerana harddisk yang telah corrupt. Oleh itu antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan checkdisk.
tekniknya adalah boot menggunakan dvd windows 7 kemudian gunakan command prompt yang disediakan didalam windows 7 dan jalankan perintah ini:
apabila sahabat telah boot dari dvd windows 7 atau vista, akan mendapat paparan seperti dibawah ini:
-- Klik Next --
-- Klik Repair --
-- Biarkan ia selesai tugasnya kemudian klik Next --
-- Klik Command Prompt --
--Akan muncul satu kotak hitam seperti diatas dan namanya adalah command prompt--
dan lakukan command @ arahan dibawah ini:
chkdsk /f /r c:
dan biarkan ianya selesai.
Jenis-jenis error lain mungkin boleh dirujuk disini insyaAllah:
http://technet.microsoft.com/en-us/library/cc750081.aspx
manakala link dibawah adalah merupakan wikipedia dan definisi kepada blue screen
http://en.wikipedia.org/wiki/Blue_Screen_of_Death
Segala kekurangan sy dengan rendah hati memohon maaf terutama kepada ain. Sekiranya ada penambahan boleh dikomen didalam ruangan komen.Syukur kepada Allah kerana memberi hambaMu ini sedikit ilmu utk dikongsikan T_T
Wednesday, January 11, 2012
Masalah BSOD @ Blue Screen Of Death dalam Windows
Posted by hero at 6:52 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment