Monday, March 23, 2009

IKHLAS

IKHLAS... ianya salah satu perkara dari berbagai amalan hatimu. Ikhlas itu berada dibarisan permulaan dari amalan hati.Bak saf-saf yang mahu berperang maka beratur ia berada di barisan pertama...Kenapa agaknye ya sahabat?Tahukah betapa hebatnya dan besarnya nilai ikhlas?

Sebab diterimanya sesuatu amal adalah dengan keikhlasanmu kepada Allah Yang Maha Esa. Ia tidak akan sempurna tanpa keikhlasan kepadaNya.Cintailah agamamu, keluargamu, sahabatmu kerana Allah. Sahabatku, ketahuilah bahawa amalanmu akan menjadi rosak sekiranya ternoda dengan cinta kepada duniawi, cinta kerana kepentingan peribadimu, kerana sifat individualistikmu, kerna keinginanmu terhadap harta meskipun sedikit, biarlah ia jelas atau tersembunyi... Ketahuilah bahawa Allah itu Maha Melihat Zahir dan Batinmu. Kecenderunganmu kepada dunia yang bersifat sementara adalah kesilapan terbesarmu... Bangunkanlah jiwamu wahai sahabatku sebelum ianya semakin hanyut dibuai ombak entah kemana.

Sahabatku... biarlah dirimu dihina...janganlah dikau takut dicela kerana semata-mata mahukan dunia fana ini..Apa yang penting ialah niat dan keikhlasanmu meninggikan kalimah Allah dimuka bumi ini.Janganlah kau memandang sanjungan dan penghormatan manusia itu lebih penting dari penglihatan Allah kepadamu...

Ketahuilah sahabatku bahawa ikhlas itu adalah buah dari tanaman tauhidmu yang murni... maka sahabatku, berjalanlah dikau di bumi Allah ini dengan zikir dan merendahkan dirimu kepada Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Hebat.

0 comments: