Sunday, March 22, 2009

Asas BASH


Assalamualaikum sahabat sekalian. Hari ini insyaAllah kita akan mempelajari shell didalam linux. pertama sekali apakah itu SHELL? Didalam linux ia dipanggil shell manakala didalam windows ia lebih dikenali sebagai cmd.exe atau command ataupun console ataupun yang lebih baik sebagai power shell. kalau pengguna Windows itu leh cube dengan pergi ke bahagian "run" taip cmd ye. tekan "enter" nanti kuar kotak hitam itula yang saya maksudkan.

SHELL sebenarnya merupakan suatu program yang menerima arahan dan memberikan kepada sistem operasi atau kernel untuk melakukan tugasan.

GUI = menggunakan mouse, ada butang untuk ditekan dan lain-lain based on grafik contoh lihat paparan diatas:

CLI = Interface atau antaramuka bagi program shell. Biasanya sahabat akan mendapat kotak utk ditaip. contohnya boleh lihat dibawah:


kita akan mempelajar BASH iaitu digelar juge sebagai Bourne Again Shell didalam linux. Paparan yang saya tunjukkan adalah Ubuntu linux versi 8.04 hardy heron. Sahabat sila pergi ke ruangan Applications->Accessories->Terminal. Secara default atau asalnya kesemua linux menggunakan Bash Shell. Ianya merupakan diantara shell yang terbaik dan hebat kerana mempunyai pelbagai fungsi dimana ia menggabungkan diantara C shell dan Korn shell:)
cara termudah untuk memulakan arahan ialah dengan sahabat menaip perkataan ini:

help



dan tekan enter.insyaAllah akan keluar bantuan berupa arahan lain. Jadi kenapa kita memilih menggunakan dan mempelajari Shell??Berbanding kita tekan guna mouse, tekan butang dan sebagainya?? zaman dahulu dahulu....ketika sistem operasi bermula...mereka menggunakan perintah @ command yang didalam keadaan bershell macam ni lar.contohnya dahulu mereka guna DOS atau disk operating system. sesiapa yang berjaya menguasai Shell atau CLI (command line interface) ini maka dia diantara orang yang dapat menguasai keseluruhan sistem operasinya samada windows, linux, mac os, unix, solaris ker dan aper2 lagi. dan dia berkuasa penuh keatas Sistemnya. berbanding dengan orang yang tidak menguasai Shell. InsyaAllah di hari lain saya akan cuba mengupdate blog ini.blog ini sebenar asalnya kerana tugasan asgmnt:D tapi insyaAllah kita lakukan semua perkara kerana mencapai redha Allah S.W.T.amiiin...

0 comments: