Sunday, March 1, 2009

Network & Rangkaian Komputer


Subnet mask? Dengan menggunakan Sistem Operasi @ OS (Operating System) windows xp sahabat yang dimuliakan boleh melihat menerusi pergi ke bahagian

start->connect to-> show all connections -> klik kanan pada mana-mana connection tersebut dan pergi ke bahagian properties -> kemudian pergi ke bahagian "internet protocol (tcp/ip)"


Sahabat-sahabat yang dimuliakan, subnet mask mempunyai nama lain iaitu subnet atau subnetwork dimana ianya digunakan untuk memecahkan alamat-alamat komputer kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil lagi.
sekiranya sahbat melihat subnet mask mungkin sahabat lebih kerap melihat nombor-nombor seperti ini 255.255.255.0 dan lebih kurang macam tulah.jadi apa yang saya nak cerita disini ialah teknik mudah memahami subnet mask.

jadi tekniknya ialah apabila bercerita tentang subnet mask perkara yang perlu kita bayangkan ialah mengenai jumlah pc yang terkandung didalam network sahabat.
maksud saya ialah LAN atau local area network atau rangkaian kawasan setempat.

so apa kaitan dia?meh saya terangkan:D

suatu hari sahabat nak membuat LAN dimana terdapat lebih kurang 100 buah pc dalam cyber cafe yang sahabat nak bangunkan.so apakah subnet mask yang sesuai bagi network sahabat nie?so sekiranya terdapat 100 buah pc maka camnie:


guna sifir kuasa 2

2^0=1
2^1=2
2^2=4
2^3=8
2^4=16
2^5=32
2^6=64
2^7=128


okeh cukup.sekarang sahabat kena pilih kuasa 2 yang hampir dengan nombor 100 tapi takleh kurang.bukan 2^6 tau tetapi 2^7 okeh:D..jadi gunakan 2^7=128 tersebut. nombor 7 tersebut yang berada ditengah-tengah tu sahbat jadikan sebagai benda yang akan "meng off kan" dari belakang..hehe tak fahamkan..saya dah agak dah.so sekarang saya akan terangkan apa maksud "on" dan "off" tue.kalau disebut "on" dalam binari maka ianya adalah nombor 1.dan kalau disebut "off" dalam binari ianya bermaksud 0.

okeh sekarang masuk bab binari pula..:D..begini, sebenarnya manusia akan membaca nombor menggunakan sistem "decimal"(dotted decimal) iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9 atau lebih mudah disebut berdasarkan konsep "base 10".manakala komputer pula akan membaca nombor menggunakan sistem "binary"(binari) iaitu 0 dan 1 sahaja(!) ataupun mudahnya ialah berdasarkan konsep "base 2".wokeh dah faham dak?namun adakalanya komputer juga akan menggunakan "hexadecimal" bagi mewakili nilai binari.hexadecimal pula berdasarkan konsep "base 16" iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9,A,B,C,D,E,F.hexadecimal juga kadangkala digelar sebagai hex.okeh cukuplah kang pening pulak sahabat,.tutorial ini hanyalah untuk orang yang baru berjinak-jinak nak kenal dunia networking.

okeh balik semula kepada subnet mask kita.skang kita amik contoh dari jumlah 100 pc di cyber cafe kita, kita boleh jadikan subnet mask sebagai 255.255.255.128 dalam decimal.namun dalam binari nilai tersebut ialah 1111 1111.1111 1111.1111 1111.1000 0000

255.255.255.128 (decimal) = 1111 1111.1111 1111.1111 1111.1000 0000 (binari)

camni..apabila saya katakan tadi bahawa sahabat kena "off" kan nombor 7 dari belakang maka sahabat nampak tak dalam nilai binari tu nombor 0 ada sebanyak 7 kali??nampakkan so itulah maksud saya.hehe.dia 255 tu adalah sebab ~

2^1=2
2^2=4
2^3=8
2^4=16
2^5=32
2^6=64
2^7=128

_________________

ataupun 1111 1111 itu boleh diterangkan dalam bentuk ini

1 yang pertama =128
1 yang kedua =64
1 yang ketiga =32
dan seterusnyalah...


maka 128+64+32+16+8+4+2+1=255

__________________________

jadilah 255.255.255.128

__________________________

dan 128 tu ialah sebab ianya adalah 1 yang pertama dan nilainya adalah 128.



jadi sekiranya ip address sahabat adalah bermula 192.168.0.1 maka sahabat bleh gak jadikannya sebagai 192.168.0.1/25
palang tu tanda "on".sahabat kena tau "on" tu maksud saya 1.cuba tengok sahabat punya 1 tu kat subnet mask tu ada 25 kan.kirala satu-satu.Okey...
enjoy:D

1 comments:

skyline said...

modem apakah yg plg sesuai utk cyber cafe wahai shabat??pc dalam 20pcs..tanpa lag..