Lembut tuturmu tegas membela agama
Gagah berani tiada tandingnya
Mulia akhlakmu didikan rumah kenabian
Penyinar segala kegelapan
Ibundamu penghulu wanita di syurga
Jelmaan bidadari di dunia
Menyintainya adalah suatu ibadah
Puteri kesayangan Rasulullah
Al-Husaini
Kepahitanmu kurasai
Terkorban kau menentang kemungkaran
Rebah tersungkur masih di dalam senyuman
Tabah hati menempuh cabaran
Ya Allah sampaikan salamku kepadanya
Pemergian tiada pengganti
Pemuda syurga gelaranmu di dunia
Kau pepohon penyinta ketaqwaan
Zuhud sifatmu redha setiap ketetapan
Pedoman engkaulah tauladan
Hancur tubuhmu bercerai di Karbala
Darah suci merah mengalir
Tenang nafasmu menyahut panggilan syuhada
Iringan wangian pengasih
Lagu ini bagi saya amat menyedihkan seni katanya... mengingatkan saya kepada perjuangan Rasulullah dan pejuang Islam lain namun kita telah mengabaikannya.Tidak ingatkah kita bahawa pejuang Islam dahulu sanggup mengorbankan nyawa mereka demi menegakkan agama Allah ini..bertungkus lumus mereka mempertahankan Islam...Tidak sedarkah kita bahawa ALlah masih sayangkan kita??
Allah masih memberikan peluang untuk kita hidup dan ada yang masih berpeluang menikmati nikmat kesihatan...
Saya masih teringat ketika melakukan ziarah di hospital...
Amat menyedihkan kerana terdapat ramai pesakit yang berada didalam keadaan kritikal dan sukar...
Semoga ALlah mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada mereka...
Semoga saya dan sahabat menjadi hamba bersyukur kerana masih diberi nikmat kesihatan..
Agaknya bilakah pula waktunya anugerah Allah kepada kita akan ditarik balik??
Disini saya ingin memetik sebuah hadis Nabi SAW.(saya ambil secara mudah dari buku teks ting. 5 Pend. Al-Quran & As-Sunnah m/s 129)
Maksud hadis:
Daripada Abu Hurairah R.A katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada mukmin yang lemah.
Tiap-tiap mereka mempunyai kebaikan Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan suatu yang berfaedah untukmu dan mohonlah pertolongan daripada Allah serta janganlah engkau menjadi lemah. Jika engkau ditimpa bencana janganlah berkata,
"Kalaulah aku melakukannya tidaklah jadi begitu dan begini",
tetapi (katakanlah),
"Allah yang telah mentakdirkannya".
Apa-apa sahaja yang Allah kehendaki akan dibuatnya. Sesungguhnya ungkapan "Kalau" itu membuka peluang kepada syaitan.
Oleh itu buktikanlah bahawa sahabat merupakan golongan yang kuat itu sebelum kita menjadi lemah dan tidak berdaya dan tidak mampu memberikan apa-apa manfaat kepada Islam..
zaman ini kita terpengaruh dengan masalah seperti hiburan yang melampau,hedonisme dan perkara-perkara yang melalaikan.Dimana kita sepatutnya berada dan perjuangkan?kepada sahabat dan diri saya sendiri, saya menyeru tuntutlah ilmu sehingga titisan darah terakhir dan manfaatkanlah ianya untuk mempertahankan dan menyebarkan kalimah tauhid Islam yang agung...La ila ha illAllah.
Sumbangkanlah sesuatu untuk Islam...
Sumbangkanlah selagi mana kita mampu...
Sumbangkanlah sebelum kita hilang kemampuan tersebut...
Allah SWT telah berjanji bahawa orang yang berilmu itu dikurniakan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. amin ya robbal alamin.....
Saturday, August 22, 2009
Nasyid Kumpulan Far East - A'SYuRa
Posted by hero at 3:43 AM
Labels: Cintakan Allah Yang Maha Agung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment