KENA DOWNLOAAAAAD...!!
Assalamualaikum sume ini hari saya akan menerangkan tentang fungsi Ccleaner. Software ini sahabat-sahabat bleh download di laman web ini http://www.filehippo.com/download_ccleaner/software ini seharusnya digunakan selalu oleh sahabat2 sekalian. Eh nantila ek kita update....:)
Update - Aha bertemu kembali kita sahabat sekalian. Ccleaner ni sebenarnya dah dapat memacam pengiktirifan. dahla ianya percuma namun sangat bagus!!Diantara ke best nyer Ccleaner ni ialah ianya boleh membersihkan pc kita. Saya akan cuba listkan kelebihan dia:
1. boleh buang file temporary atau sementara; contohnya bile kita pergi internet maka sahabat perasan tak kali pertama lambat sket dan kali kedua laju sket? Ini adalah sebab masa pergi ke website tersebut pc kita telah menyimpan file website tersebut jadi lajula sket loading. Jadi kalau files tu dah berlambak maka kita kena buang. jadi okeyla pc kita lebih lancar dan tak penuh dengan pelbagai benda. sebab kita telah membesarkan ruang dalam sistem kita dengan membuang barang yang tidak berguna lagi. nak tengok contoh leh pergi ke run-> dan taip %temp% pastu tekan enter ye. kat situ contoh file temporaryla.ada lagi di bahagian lain tapi folder tersorok or hidden.
2. Boleh buang cookies. jadi cookies ni sebenarnya merupakan semacam suatu kod pengesahan yang diberikan oleh sesebuah website utk kita login dan gunakan perkhidmatan mereka. jadi cookies ni masalahnyer ialah apabila ada orang yang berjaya menceroboh suatu sistem dan menggunakan cookies kita maka dia boleh menyamar sebagai kita. Sahabat nak tau lebih lanjut leh la pegi ke sini http://en.wikipedia.org/wiki/HTTP_cookie aha. maka Ccleaner ni leh buang cookies secara automatik.mudah dan selamat.
3. Ccleaner ada kebolehan untuk membersihkan di bahagian Registry. Sebenarnya menurut pemahaman saya ada 2 bahagian penting iaitu Cleaner dan Registry. Kita kena sering guna 2 mender ni yek. Jadi bahagian Registry membolehkan kita membersihkan Registry komputer kita. Nak lihat bahagian registry sahabat leh pergi ke bahagian run-> dan taip regedit.
Nanti akan keluarlah bahagian registry tersebut. Ianya agak kompleks. Satu nilai yang diubah boleh mengubah sistem operasi windows kita. Sekiranya kita install Software dan kita buang software tersebut namun di bahagian registry tak hilang lagi. oleh itu kita boleh cuba guna Ccleaner utk buang. Kesannya nilai yang tak digunakan lagi akan dibersihkan dan dibuang. InsyaAllah boleh lajukan sket komputer.
4. Ccleaner juga bleh buang sejarah kita melayari internet. Dan maklumat2 tertentu yang mungkin penting. Sebenarnya ada seorang kawan ni minta saya ajar bagaimana mahu menjadikan data kita sukar dibaca sewaktu pilihanraya kampus kerana pada waktu itu agak genting dan ada sahabat yang bernasib malang dirampas pula komputernya. Saya rasa guna Ccleaner adalah salah satu langkah yang baik. Dan langkah lain ialah kita boleh guna suatu teknik untuk meng enkripsi partition atau harddisk. tapi ni cerita lain kali la ye. kebanyakan dalam blog ni asas-asas dahulu.:)
5. Oops tak cerita camner nak gune. Kalau di bahagian cleaner tu kita hanya tekan "run cleaner" dan kalau bahagian registry tu kita perlu tekan "scan for issues" dulu pastu tekan jer "fix selected issues..." pastu kalau dia tanya nak backup tak registry yang ni sebelum dibuang sebab nak test tengok. biasanya saya tekan "no" tak perlu backup dan lepas tu saya tekan "fix all selected issues" tular. Selamat mencuba yee...!!
1 comments:
Assalamualaikum. Mohon share ya, jazakallah.
Post a Comment