Friday, January 8, 2010

Menyelesaikan masalah "xine was unable to initialize any audio driver" didalam sistem Linux

Assalamualaikum warahmatullah w.b.t. hari ini saya ingin menceritakan bagaimana sy menyelesaikan masalah bunyi atau suara yang tidak keluar ketika saya ingin memainkan lagu dan seumpamanya.sistem linux yang digunakan ialah "Backtrack 4" yang berdiri diatas distribusi Ubuntu 8.10 intrepid. jenis Desktop digunakan saya ialah dari KDE 3.5.10

Masalah ini timbul apabila tiba-tiba sahaja pemain mp3 Amarok saya gagal berfungsi dan hanya menyatakan error "xine was unable to initialize any audio driver".

Cara menyelesaikannya mudah sahaja iaitu dengan menggunakan shell anda.bagi pengguna KDE anda boleh menekan butang kekunci alt-f2 dan taip perkataan konsole dan tekan run.

satu kotak hitam akan dibuka dan kita akan taip command ini didalam konsole

lsof | grep snd


tekan enter

dan matikan prosess pid sound dengan command kill

{ lsof adalah bermaksud list open files manakala grep snd ianya akan grep atau tangkap barisan output yang menyatakan snd atau sound. kill pula digunakan untuk mematikan proses id sound tersebut}

p/s:kalau proses tu sangat degil utk dimatikan gunakan command ini ye:
kill -9 <noPIDnye>

Thursday, November 26, 2009

Tambahkan Siaran Radio IKIM di RHYTHMBOX Linux anda!!

Assalamualaikum semua.. bagi pendengar setia radio ikim yang menggunakan sistem operasi Linux anda boleh menggunakan aplikasi Rythmbox untuk mendengar siaran IKIM secara streaming dari internet.pastikan anda mempunyai connection ke internet terlebih dahulu ya.

caranya mudah.. misalnya bagi pengguna Sabily atau Ubuntu:

Pergi ke
Applications > Sound & Video > Rhythmbox Music Player

Klik di bahagian Radio dan tekan New jadi lepas tu letakkan URL ini ya mms://ucitv2.uthm.edu.my/radio2

Kemudian tekan butang play dibahagian atas kiri.



Bagi pengguna lain cara mudah ialah anda boleh melayari laman web ini
http://um.com.my/streaming/v1/modules.php?name=Video_Stream&page=watch&id=19


Begitu juga dengan Banshee. Saya juga telah menambahkan pemain muzik yang paling saya gemari ini dengan siaran Radio Ikim.



Selamat Mendengar!! :-)

Saturday, September 12, 2009

LINUX SABILY - EDISI MUSLIM


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Hari ini saya teringin nak memperkenalkan tentang linux Sabily iaitu sistem linux edisi muslim. Sangat menarik!! Saya baru sahaja selesai menginstall laptop saya dengan 3 jenis OS (Operating system @ Sistem operasi) iaitu windows xp,backtrack 4 dan paling utama ialah SABILY 9.04. Sistem operasi ini sahabat boleh download di laman web asalnya iaitu di http://www.sabily.org/website/
Perkataan Sabily ini sebenarnya berasal dari kalimah bahasa arab (سبيلي) yang bermaksud "(inilah) jalanku".

Sistem operasi Sabily ini adalah berasaskan daripada Sistem operasi Ubuntu. Dan bagi versi 9.04 ini ianya adalah dari versi Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope.



Menurut pengalaman saya, Ubuntu versi 9.04 Jaunty Jackalope adalah jauh lebih baik daripada sistem Ubuntu Hardy Heron versi 8.04 yang pernah saya gunakan dahulu. Semasa dahulu saya terpaksa bersabar menggunakan Hardy Heron kerana berhadapan dengan kerenah kerenah ralatnya ( a bit buggy for me) dan sekarang saya boleh tersenyum dengan kehadiran Sabily yang bertapak didasar Ubuntu ini.

Jadi mari kita lihat apa yang menarik sebenarnya tentang Sabily edisi Muslim ini. Selepas selesai sahaja tamat install ketika saya memasuki ruangan "Grub Boot Loader" utk memilih sistem operasi lain saya dipersembahkan dengan background Masjid Nabawi. Terkesima sebentar.(Maaf ye saya tak dapat nak tunjuk gambarnya sebab tak guna virtual machine pun) Saya memilih Sabily dan sewaktu loading background nya juga amat menarik. Sahabat boleh lihat di bawah. Ada kalimah Allah disitu sewaktu loading.

Manakala selesai sahaja loading saya dipersembahkan pula dengan login screen Kaligrafi Islam yang agak klasik pada saya. Sahabat boleh lihat dibawah. Login screen ini mempunyai kalimah "la ilaha illAllah MuhammadurRasulullah" yang bermaksud "(Aku naik saksi bahawa) Tiada Tuhan Selain Allah & Muhammad itu pesuruh Allah"




Memasuki Desktop selepas login pula saya disambut dengan suara membaca kalimah "Bismillahirrohmanirrohim" yang bermaksud "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" diikuti dengan perisian "Minbar Prayer Times" disamping kursor mousenya yang bertukar-tukar kalimah zikir disebelah dengan beberapa kalimah memuliakan Allah SWT(cuba sahabat tengok gambar dibawah dan lihat sebelah penunjuk mouse tu).(bestnya!!) Oh ya lupa nak sebut, kalau kita lihat Sabily ini secara keseluruhannya adalah bertemakan warna hijau.


Manakala setiap 5 minit pula saya dipersembahkan dengan perisian monajat yang mempunyai peringatan-peringatan dari hadis-hadis Rasulullah SAW. Perisian ini boleh ditukar kedalam beberapa bahasa dan diantara jenisnya ialah Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Sahabat boleh lihat dibawah. Dan sekiranya perisian ini menganggu fokus, kita boleh tukar masa yang sesuai ataupun menutupnya sahaja. Tapi pada saya adalah amat bagus untuk membaca satu hadis Rasulullah setiap kali 5 minit.



Saya juga tertarik dengan perisian "Zekr" yang berfungsi sebagai pembaca Al-Quran dan insyaAllah boleh membantu bagi mereka yang mula berjinak-jinak untuk mula mempelajari Al-Quran kerana perisian ini menyediakan kemudahan untuk menyebut ayat Al-Quran didalam tulisan rumi. Gambar dibawah merupakan gambar perisian "Zekr" tersebut.



Ketika mula-mula mencuba peralatan Zekr saya menyangka bahawa perisian ini bermasalah dan mempunyai ralat yang agak teruk kerana saya menghadapi beberapa masalah. Contohnya ada Imam yang bacaannya agak lambat dan tiba-tiba cepat. Dan ada pula tiba-tiba bacaannya terhenti setelah sekian lama membaca. Rupa-rupanya sangkaan saya salah. Ianya bukanlah ralat. Bacaan yang agak lambat dan kadang-kadang cepat ialah kerana bacaan tersebut distreamkan terus dari internet. Jadi untuk mengelakkan masalah ini sahabat kenalah ambil bacaan al-Quran yang "Offline" seperti gambar diatas. Dan ada bacaan al-Quran lain yang boleh di download lagi. Bacaan yang terhenti pula ialah kerana bacaan akan berhenti sejurus tamat satu maqol.

Selain itu Sabily juga dilengkapi dengan Dansguardian dan Webstrict bagi menapis laman-laman yang tidak elok. Dan ini amat berguna sekiranya ibu-bapa mahu mengawal pelayaran internet anak-anak mereka.

Dan bagi mengislamisasikan lagi sistem operasi linux ini sahabat boleh menambah peralatan al-Quran di dalam Open Office sahabat bagi memudahkan membuat kerja tesis. Dan ini mungkin boleh membantu sahabat untuk menggantikan Microsoft Office dengan Open Office. AL-Quran translasi ini boleh di download di laman web berikut:

http://code.google.com/p/qioo/downloads/list

Berikut ialah gambar Open Office saya yang telah ditambah peralatan Al-Quran tersebut.


Open office juga menyokong untuk sahabat-sahabat menulis didalam bahasa arab. Caranya mudah sahaja untuk membolehkan sokongan terhadap bahasa Arab iaitu dengan cara:

Buka Open Office Word Processor-> Tools -> Options -> Language Settings -> Languages -> dan klik Enabled for complex text layout(CTL)

Kemudian sahabat boleh pergi ke bahagian ini pula di taskbar bahagian atas pula.

System -> Preferences -> Keyboard -> Layouts -> Add -> dan pilih disini di bahagian "By Country" Saudi Arabia dan klik add

Dan untuk memudahkan sahabat menukar bahasa diantara English dan Arabic ialah dengan memilih

System -> Preferences -> Keyboard -> Layouts -> Layout Options -> Dan pilih Key(s) to change layouts -> Dan ambil Alt + Shift
..
Dan jangan lupa untuk restart Open Office

Oleh itu sekiranya kita ingin menulis didalam bahasa Arab hanya perlu menukar dengan kekunci
alt + shift

Shortcut didalam Open Office iaitu bagi menulis di sebelah kanan khusus untuk bahasa Arab ialah
Ctrl + Shift + D

Dan disebelah kanan pula ialah
Ctrl + Shift + A

Dan berikut saya sertakan beberapa maklumat tentang pakej kandungan di dalam Sabily

Software utama

* sabily-artwork: customized usplash, GDM theme, Metacity theme, cursor, wallpapers etc.
* minbar: Islamic prayer times application
* zekr: Quranic Study Tool
* zekr-quran-recitation-online-: all available online recitations
* zekr-quran-translation-: all available translations
* monajat: application that popups prayers every predetermined time
* firefox-praytimes: Firefox extension that displays Islamic daily prayer times
* webstrict: UI frontend to DansGuardian (web content filtering tool)
* thwab: Electronic Encyclopedia System
* hijra: Islamic calendar
* mus-haf Othman : Othman Quran Browser

* Arabic support
* language-pack-ar: translations for language Arabic
* language-pack-gnome-ar: GNOME translations for language Arabic
* mozilla-firefox-locale-ar: Mozilla Firefox Arabic language/region package
* aspell-ar: Arabic dictionary for aspell
* acon: Text console arabization
* bicon: Console that supports bidirectional text display

Versi Penuh 2.8gb


Multimedia

* libdvdcss2: Library for accessing DVDs
* libdvdread3: library for reading DVDs
* w32codecs: Win32 codec binaries
* vlc: multimedia player and streamer
* flashplugin-nonfree: Adobe Flash Player plugin
* gstreamer0.10-ffmpeg: FFmpeg plugin for GStreamer
* gstreamer0.10-pitfdll: GStreamer plugin for using MS Windows binary codecs
* gstreamer0.10-plugins-bad: GStreamer plugins from the "bad" set
* gstreamer0.10-plugins-bad-multiverse: GStreamer plugins from the "bad" set (Multiverse Variant)
* gstreamer0.10-plugins-ugly: GStreamer plugins from the "ugly" set
* gstreamer0.10-plugins-ugly-multiverse: GStreamer plugins from the "ugly" set (Multiverse Variant)
* liblame0: LAME Ain't an MP3 Encoder
* msttcorefonts: Microsoft TrueType core fonts

Pendidikan

* kturtle: educational Logo programming environment
* stellarium: real-time photo-realistic sky generator
* celestia: A real-time visual space simulation
* kstars: desktop planetarium
* kalzium: chemistry teaching tool
* atomix: puzzle game for building molecules out of isolated atoms
* kig: interactive geometry program
* kmplot: mathematical function plotter
* kbruch: fraction calculation teaching tool
* tuxmath: math game for kids with Tux
* tuxpaint: A paint program for young children
* tuxtype: Educational Typing Tutor Game Starring Tux
* xaos: real-time interactive fractal zoomer
* khangman: the classical hangman game
* ktouch: touch typing tutor
* gcompris: Educational games for small children
* kanagram: jumble word puzzle
* ktuberling: stamp drawing toy
* kalgebra: algebraic graphing calculator
* kwordquiz: flashcard learning program
* marble: Marble globe and map widget
* parley: vocabulary trainer
* step: interactive physics simulator
* dia-gnome: Diagram editor
* qcad: professional CAD system

o Lain-lain

o sun-java6-jre: Sun Java(TM) Runtime Environment (JRE) 6
o compizconfig-settings-manager: Compiz configuration settings manager
o fusion-icon: tray icon to launch and manage Compiz Fusion
o rar, unrar: Archiver/Unarchiver for .rar files
o command-not-found: Suggest installation of packages in interactive bash sessions
o nautilus-open-terminal: nautilus plugin for opening terminals in arbitrary local paths
o glipper: Clipboard manager for the GNOME panel
o wallpaper-tray: wallpaper changing utility
o scribus: Open Source Desktop Page Layout
o inkscape: vector-based drawing program
o virtualbox: x86 virtualization solution
o bzr: easy to use distributed version control system
o aptoncd: Installation disc creator for packages downloaded via APT
o galternatives: graphical setup tool for the alternatives system
o startupmanager: Grub and Splash screen configuration
o acetoneiso2: let You mount typical proprietary images formats of the Windows world such as ISO BIN NRG MDF IMG
o ubuntu tweak: application designed to config Ubuntu easier for everyone.
o envyng-gtk: install the ATI or the NVIDIA driver
o gnochm: CHM file viewer for GNOME
o pessulus: lockdown editor for GNOME
o gnucash: A personal finance tracking program
o clamtk: graphical front-end for ClamAV
o catfish: file search tool that supports several different engines
o gparted: GNOME partition editor



Dan untuk lebih menarik lagi saya juga telah menginstall perisian tentang bible. Dan perisian bible yang saya install boleh saya gunakan menerusi "gnome-terminal", seperti gambarajah dibawah Dan sahabat-sahabat boleh gunakan ia untuk mengkaji kandungan kitab Bible pula.



Cadangan saya ialah sahabat kenala mencuba sistem operasi Linux ini. Ianya bebas dari virus. Percuma dan kita mempunyai kebebasan untuk menggunakannya! Dan ia juga mempunyai banyak barang alternatif percuma kepada Windows yang berbayar.

Selamat menggunakan SABILY!! :)

Sunday, August 23, 2009

TIPS MEMBELI KOMPUTER

Saya kerap kali ditanya tentang komputer jenis apakah yang sesuai untuk dibeli.Oleh itu saya ingin menyarankan beberapa langkah mudah untuk membeli komputer dan nasihat2 yang perlu diambil sepengalaman sayalah...

1.Lihat budget atau kemampuan kita.(sekitar RM 2300 kebawah dah okla & sekitar RM 2000 pun ok juga untuk beli sebuah laptop)

2.Lihat tahap dan jenis penggunaan kita terhadap komputer.(Kerja kita tu ada buat design ke?programming ke?assigment sahaja?main game?)

3.Lihat spesifikasi komputer tersebut.(amik double processorlah kalau boleh.jadi boleh buat banyak kerja dalam satu masa dan tak mudah panas laptopnya kalau ada kad grafik lagi baik macam Nvidia dan Ati.Sesetengah bimbang pasal isu panas ni.Tapi InsyaAllah latpop jenis keluaran baru adalah lebih tahan lasak.Boleh juga beli kipas utk laptop sebagai langkah mengurangkan kepanasan) dan kalau sahabat jenis kerjanya menyimpan data banyak maka carilah yang saiz hard disk nya besar. Dan ada juga yang sukakan laptop jenis ringan. Jadi cubalah rasakan beratnya dahulu ye.


Didalam pasaran sekarang saya boleh nyatakan bahawa terdapat 3 jenis komputer yang popular, agak murah dan boleh dimiliki oleh pelajar.Macam sayalah.3 jenis komputer tersebut ialah Laptop, Desktop atau PC, dan netbook.



GAMBAR NETBOOK (KECIL) & NOTEBOOK @ LAPTOP (BESAR)

Saya menyarankan sahabat untuk membeli laptop diantara 3 pilihan ini.Pertama ialah kerana laptop mempunyai kebolehan mobility.Maksudnya ianya mudah dibawa kesana dan kemari berbanding Desktop.Dan laptop mempunyai kuasa processor dan kekuatan yang lebih ampuh dari sebuah Netbook.Contohnya kalau sahabat nak main game lebih sesuai dimainkan di laptop sahabat berbanding Netbook.Maksud saya bukanlah saya mengutamakan game tetapi dari sini kita boleh lihat bahawa laptop mempunyai kekuatan & kemampuan menampung grafik lebih tinggi berbanding sebuah Netbook.Netbook lebih sesuai untuk membuat kerja seperti assigment (spt gunakan microsoft office), melayari internet dan chatting tetapi kurang sesuai sekiranya kita ingin membuat kerja seperti menghasilkan animasi flash,menggunakan perisian adobe photoshop,main game dan lain-lain kerja berat atau sekiranya kita ingin membuat banyak kerja didalam satu masa.Netbook boleh dikenali menerusi saiznya yang kecil & menggunakan processor jenis intel atom.




GAMBAR DESKTOP


jadi kalaulah sahabat nak beli laptop seperti yang saya sarankan maka saya ingin sarankan belilah laptop jenis Dell atau Asus atau Toshiba. Compaq boleh juga tetapi diantara masalah Compaq ialah driver lah terutamanya dan dahulu saya pernah menghadapi masalah yang biasanya saya kurang dapat membantu ketika membetulkan laptop jenis Compaq Presario yang bermasalah dari sudut hardware seperti motherboard,skrin yang tidak berfungsi dan pembaca DVD/CD rom (JENIS CQ40 OK DAH SANGAT). Tetapi masalah tersebut dari segi hardware mungkin telah cuba diatasi oleh syarikat tersebut sebaik mungkin pada waktu ini.
Masalah driver compaq juga menjadi batu penghalang yang besar kepada saya kerana website HP/Compaq sendiri tidak mempunyai kemudahan yang benar-benar memudahkan untuk kita mendownload driver dari website mereka. Namun syukur Alhamdulillah kerana masalah tersebut boleh diatasi dengan kemudahan bantuan "technician online" mereka yang boleh dihubungi menerusi website mereka.Untuk pengetahuan sahabat "driver" disini bermaksud suatu perisian yang boleh membangkitkan fungsi sesebuah hardware tersebut.Contohnya sekiranya ada driver bunyi barulah bunyi keluar.sekiranya ada driver wireless ada barulah kita boleh menggunakan kad wifi untuk sambung internet secara wireless.kalau tiada driver-driver tersebut maka tak bolehlah kita gunakan hardware tersebut.

sahabat bolehlah bertanyakan link untuk mendownload driver Compaq/Hp menerusi chat online dengan technician mereka disini terutamanya driver untuk windows XP

CHAT ONLINE WITH HP TECHNICIAN

Acer aspire pula bermasalah dari sudut kualiti hardwarenya yang hampir serupa dengan Compaq. Tetapi ACER hebat dimana mereka menyediakan kemudahan CD DRIVER dan berbeza dengan compaq.Jadi sebenarya saya sebaiknya menyarankan sahabat belilah laptop jenis Dell.Kualiti barangnya lebih terjaga dan driver juga disediakan.Maaf ya kepada syarikat Acer dan HP/Compaq.
p/s: saya sendiri guna laptop jenis compaq dan saya lebih prefer compaq presario dari acer aspire dari segi kualiti barangnya.tapi sekarang punya Compaq dah sangat ok pun iaitu jenis CQ40.yang tak berapa ok jenis presario mungkin dah nak pupus stoknya.

TIPS KETIKA DIKEDAI

1. Sekiranya sahabat membeli di Lowyat atau digital Mall (bagi mereka yang tinggal di KL) jangan lupa mintalah driver dari jenis Vista dan XP.itu adalah hak anda.sekiranya mereka tidak mahu memberi atau meminta tambahan wang untuk driver tersebut maka beritahu mereka anda mahu beli laptop dari kedai lain.Kalau memang mereka tidak ada misalnya driver dari jenis Windows XP maka sahabat kenalah download sendiri.

2. Dan sahabat jangan lupa bertanyakan tentang jaminan atau warranty.Sekiranya setahun kalau boleh mintalah untuk penambahan jangka masa warranty mungkin selama 2 atau 3 tahun kalau boleh tetapi kenalah bayar lebih sedikit ye.Sebab warranty persediaan dimana sekiranya laptop kita rosak dari sudut hardware iaitu rosak bukan sebab kita yang menghancurkannya maka bolehlah kita minta ianya diperbaiki atau diganti secara percuma.

3. Sebaiknya sahabat bertanyakan kepada penjual bahawa sahabat mahu laptop kosong tanpa diisi apa-apa dan sahabat kena pastikan bahawa laptop kosong tersebut harganya adalah lebih murah daripada harga asal yang diisi.Laptop kosong tersebut bermaksud tidak diisi dengan windows xp atau vista (home,premium atau jenis ultimate).Tetapi sahabat kena pastikan bahawa ada orang lain yang mampu mengisikan laptop sahabat dengan sistem operasi windows xp atau vista dengan harga yang lebih murah berbanding harga yang ditawarkan di kedai.Pernah saya ketika bertanyakan kedai,"Bang kalau nak isi windows xp ni berapa?" katanya, "RM 300 je dik". MasyaAllah... mahalnyaa... kita student macam saya memang tidak ada kemampuan untuk bayar harga setinggi itu.Lebih baik install sendiri(piratelah tapi..hehe tapi anyway saya prefer menggunakan LINUX sebab percuma download di internet!).

4. Kalau boleh sahabat mintaklah penambahan kad memori RAM. Biasanya kalau kita mahu membeli selepas pembelian laptop harganya agak mahal. Jadi waktu pembelian laptop tu pujuklah penjual untuk menjualkan kad memori RAM dengan harga yang lebih murah. 4 gigabyte atau 4gb merupakan had maksimum bagi laptop yang biasa kita gunakan. Kad memori RAM ini amat berguna misalnya ketika kita mahu membuat banyak kerja didalam satu masa. Misalnya mahu mengedit video disamping menggunakan perisian adobe photoshop, sambil tu pasang game atau muzik. RAM yang bersaiz besar mampu mengurangkan tekanan berlebihan terhadap komputer. Saiz RAM yang besar juga boleh menyebabkan internet lebih laju dikomputer sahabat berbanding saiz RAM yang agak kecil. RAM berfungsi untuk menampung memori secara sementara. Contoh macam sahabat ketika buat assignment...apa yang ditaip akan ditanggung oleh memori. Dan jangan lupa mintalah "free gift" daripada penjual sekiranya ada.

5. Simpan resit pembelian sebaiknya.

6. Sekiranya sahabat pengguna sistem LINUX bolehlah sahabat install Linux dalam pendrive dan kemudian boot atau hidupkan di komputer yang ingin dibeli bagi melihat kemampuannya untuk menyesuaikan diri dengan hardware laptop tersebut.

TIPS SECARA ONLINE


1. Aha tips yang ni ok juga dimana contohnya kalau sahabat nak beli secara onlinelah kan...kalau sahabat nak tempah komputer DELL secara online sahabat bolehlah pergi ke website dia.

http://www.dell.com.my/

Dan nak tahu tak sahabat sebenarnya ketika membuat pilihan laptop secara online kat website dell ni sahabat boleh customize kan nak processor jenis apa,warna jenis apa. Sangat menarik!!

contohnyala kan sahabat klik disini

DELL VOSTRO

contohnya saya pilih ialah dell vostro. sahabat pergi scroll bawah sikit dan nanti klik pada butang "Customise". Kemudian pilihlah ikut spesifikasi yang kita mahu termasuk jenis warnanya.Menarik!!jangan lupa daftar dulu ya.

2. Tips yang kedua ni sangat membantu bagi pelajar mahasiswa universiti yang menghadapi masalah kewangan. Sahabat boleh beli secara online dan membayar secara ansuran di syarikat AGRI BIMA ini. Dan bayaran akan ditolak automatik menerusi akaun PTPTN anda atau JPA.Bacalah kandungan cara-cara nak apply dulu ye.

ni muka utamanya

http://www.abssystems.com.my/

dan kalau nak beli produk notebook mereka boleh tengok dulu disini

http://www.abssystems.com.my/index.php?action=productpage&fc=1

Dan akhir sekali pesanan saya ialah sebaiknya belilah DVD takpun External portable Hard Disk sebagai langkah untuk backup data.Dibimbangi nanti sekiranya komputer sahabat diserang virus yang dahsyat hilang kesemua data begitu sahaja.Ianya adalah amat merugikan. Jangan lupa ya. Backup dengan menyalin ke DVD pun ok jugak sebab ianya menggunakan kos yang lebih murah.
dibawah ada list harga laptop tahun 2009..tengok tarikhnya dulu ya.

http://images.lowyat.net/pricelist/czone_notebook.pdf

Selamat membeli!!

p/s:oh hari ni 23/8/09 sy ada teman kawan saya beli laptop jenis compaq cq40-406au dan memang sangat-sangat murah.. harga yang kami dapat keseluruhan ialah RM 1649

ianya meliputi:

RAM 4GB
WARRANTY JAMINAN 3 TAHUN
FREE WINDOWS VISTA HOME EDITION
FREE GIFT VAKUM (VAKUM TAK BESH PUN ..)

Saturday, August 22, 2009

Nasyid Kumpulan Far East - A'SYuRa


Lembut tuturmu tegas membela agama
Gagah berani tiada tandingnya
Mulia akhlakmu didikan rumah kenabian
Penyinar segala kegelapan

Ibundamu penghulu wanita di syurga
Jelmaan bidadari di dunia
Menyintainya adalah suatu ibadah
Puteri kesayangan Rasulullah

Al-Husaini
Kepahitanmu kurasai
Terkorban kau menentang kemungkaran
Rebah tersungkur masih di dalam senyuman
Tabah hati menempuh cabaran
Ya Allah sampaikan salamku kepadanya
Pemergian tiada pengganti

Pemuda syurga gelaranmu di dunia
Kau pepohon penyinta ketaqwaan
Zuhud sifatmu redha setiap ketetapan
Pedoman engkaulah tauladan

Hancur tubuhmu bercerai di Karbala
Darah suci merah mengalir
Tenang nafasmu menyahut panggilan syuhada
Iringan wangian pengasih


Lagu ini bagi saya amat menyedihkan seni katanya... mengingatkan saya kepada perjuangan Rasulullah dan pejuang Islam lain namun kita telah mengabaikannya.Tidak ingatkah kita bahawa pejuang Islam dahulu sanggup mengorbankan nyawa mereka demi menegakkan agama Allah ini..bertungkus lumus mereka mempertahankan Islam...Tidak sedarkah kita bahawa ALlah masih sayangkan kita??
Allah masih memberikan peluang untuk kita hidup dan ada yang masih berpeluang menikmati nikmat kesihatan...
Saya masih teringat ketika melakukan ziarah di hospital...
Amat menyedihkan kerana terdapat ramai pesakit yang berada didalam keadaan kritikal dan sukar...
Semoga ALlah mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada mereka...

Semoga saya dan sahabat menjadi hamba bersyukur kerana masih diberi nikmat kesihatan..
Agaknya bilakah pula waktunya anugerah Allah kepada kita akan ditarik balik??
Disini saya ingin memetik sebuah hadis Nabi SAW.(saya ambil secara mudah dari buku teks ting. 5 Pend. Al-Quran & As-Sunnah m/s 129)

Maksud hadis:
Daripada Abu Hurairah R.A katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada mukmin yang lemah.
Tiap-tiap mereka mempunyai kebaikan Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan suatu yang berfaedah untukmu dan mohonlah pertolongan daripada Allah serta janganlah engkau menjadi lemah. Jika engkau ditimpa bencana janganlah berkata,
"Kalaulah aku melakukannya tidaklah jadi begitu dan begini",
tetapi (katakanlah),
"Allah yang telah mentakdirkannya".
Apa-apa sahaja yang Allah kehendaki akan dibuatnya. Sesungguhnya ungkapan "Kalau" itu membuka peluang kepada syaitan.


Oleh itu buktikanlah bahawa sahabat merupakan golongan yang kuat itu sebelum kita menjadi lemah dan tidak berdaya dan tidak mampu memberikan apa-apa manfaat kepada Islam..
zaman ini kita terpengaruh dengan masalah seperti hiburan yang melampau,hedonisme dan perkara-perkara yang melalaikan.Dimana kita sepatutnya berada dan perjuangkan?kepada sahabat dan diri saya sendiri, saya menyeru tuntutlah ilmu sehingga titisan darah terakhir dan manfaatkanlah ianya untuk mempertahankan dan menyebarkan kalimah tauhid Islam yang agung...La ila ha illAllah.
Sumbangkanlah sesuatu untuk Islam...
Sumbangkanlah selagi mana kita mampu...
Sumbangkanlah sebelum kita hilang kemampuan tersebut...
Allah SWT telah berjanji bahawa orang yang berilmu itu dikurniakan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. amin ya robbal alamin.....

Monday, August 3, 2009

METODE DAKWAH KEPADA ORANG BUKAN ISLAM



Dakwah kepada orang bukan Islam memerlukan metode yang sesuai dan mantap, supaya usaha dakwah mendapat tarikan dan pengaruh dari sasaran. Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk berdakwah kepada orang bukan Islam ialah cuba memahami dasar-dasar agama mereka dan adat-adat kebudayaan, termasuk pantang larang. Dengan itu, usaha mengetahui perkara-perkara tersebut hendaklah dilakukan sebelum memulakan dakwah. Dalam hal ini, mempelajari perbandingan agama sangat perlu. Usaha dakwah tanpa mengetahui dasar-dasar agama dan adat kebudayaan sesuatu kaum akan bercanggah dengan peraturan dakwah, yang bukan setakat mungkin tidak menghasilkan kejayaan, tetapi boleh membawa kesan sebaliknya.

1.Dakwah bil hal.

Dakwah bil hal bererti dakwah melalui contoh teladan yang baik. Ia menjadi contoh teladan atau modul kepada kemuliaan dan keagungan Islam. Dakwah bil hal boleh menghilangkan perasaan prejudis dan negatif orang bukan Islam terhadap Islam. Penonjolan contoh teladan yang baik dalam kehidupan harian orang Islam adalah merupakan satu perkara yang penting dalam dakwah kerana ia boleh memperlihatkan tentang kemuliaan agama Islam yang perlu diikuti oleh semua orang. Contoh teladan yang baik akan menjadi pengaruh yang besar kepada orang lain untuk mengikuti sesuatu cara hidup yang ditunjukkan.

2.Pembinaan hubungan.

Membina hubungan bertujuan untuk melahirkan perasaan jinak, percaya dan terpaut kepada usaha dakwah. Ia juga untuk melenyapkan perasaan curiga dan syak wasangka terhadap Islam dan orang Islam. Ia boleh memikat hati sasaran. Kepercayaan memainkan peranan yang besar untuk mempengaruhi seseorang. Nabi SAW mengarahkan orang Islam supaya membina hubungan yang baik dengan orang lain. Persahabatan yang baik di sisi Allah ialah persahabatan yang paling baik di kalangan mereka. Sabda Nabi Muhammad SAW:

Maksudnya: Kawan yang terbaik di sisi Allah SWT ialah orang yang paling baik kepada kawannya, dan jiran yang terbaik di sisi Allah ialah orang yang terbaik kepada jirannya.

Hadis tersebut membawa pengukur dari Allah untuk menilai kawan dan jiran terbaik di sisi-Nya. Dalam dakwah hubungan ini sangat penting kerana ia menjadi lebih senang untuk mempengaruhi sasaran.

3.Penonjolan diri dengan ketinggian status.

Pendekatan ini ialah dengan cara menonjolkan diri supaya dapat dilihat bahawa orang Islam memiliki status yang tinggi dalam kehidupan, sebagai kesan daripada agama Islam yang tinggi dan mulia. Pengikut Islam adalah golongan yang berjaya dalam hidup di dunia ini dan hendaklah sentiasa berusaha kearah itu. Orang Islam tidak sekali-kali dan bukanlah merupakan golongan yang bodoh, jumud, jahil, lemah, comot, pemalas dan hina, kerana kemuliaan dan ketinggian adalah hak orang Islam. Keadaan demikian boleh membawa pengaruh yang besar kepada orang bukan Islam.
Kejayaan hidup, terutamanya dari sudut kemajuan ekonomi orang Islam boleh menjadi pendorong kepada orang bukan Islam terhadap Islam. Prof. Khoo Kay Kim menjelaskan bahawa salah satu faktor utama yang menyulitkan orang Cina di negara ini membuat tanggapan dan penilaian terhadap Islam adalah berpunca dari kemiskinan hidup sebahagian besar dari masyarakat Melayu terutama di kawasan luar bandar. Keadaan tersebut menyebabkan mereka salah faham bahawa agama Islam itu agama yang antikemajuan ekonomi.
Kejayaan hidup yang dicapai oleh seseorang menempatkannya ke dalam golongan yang mempunyai status yang tinggi dan sangat senang menjadi tarikan orang lain kepadanya.

4.Penekanan isi berhubung dengan wahyu dan kerasulan.

Penekanan tetang wahyu dan kerasulan (isi dakwah) adalah untuk memberi kefahaman bahawa Islam berasal dari Pencipta alam ini dan keadaannya berbeza sama sekali dengan agama-agama lain yang punca asalnya tidak menentu, sama ada dari Pencipta atau dari pemikiran manusia. Perbincangan mengenai Al-Quran yang datang dari Allah SWT dan mukjizat-mukjizat yang membuktikannya hendaklah ditonjolkan. Perbincangan juga ditonjolkan tentang keaslian Al-Quran sampai sekarang. Perbincangan-perbincangan tersebut untuk memperlihatkan bahawa Islam bukan agama untuk manusia, tetapi agama untuk Pencipta alam ini.

Nota:Kredit untuk buku Profesor Aziz dari Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, UM - METODOLOGI DAKWAH

Friday, June 12, 2009

Mungkinkah Blog boleh diserang menerusi aplikasi FEEDJIT??




Aplikasi feedjit yang terletak di http://feedjit.com/ sering diguna pakai oleh para pengguna blog untuk mengetahui siapakah para pembaca blog tersebut. Namun tahukah sahabat bahawa aplikasi ini sebenarnya bersifat dinamik dan memungkinkan para penggodam menyusupkan kod-kod jahat yang mungkin menyebabkan blog sahabat boleh dirampas??

Saya sebenarnya sendiri tidak pasti akan hal ini namun apa saya pasti bahawa pemasangan aplikasi ini sebenarnya mungkin mengundang bahaya kerana ia membenarkan saya sendiri menyusupkan kod-kod yang saya mahu.

Gambar dibawah merupakan contoh request dari feedjit terhadap client iaitu saya sendiri dimana sepatutnya yang ditulis disitu ialah daripada mana saya datang namun ia telah dimanipulasi tersebut sehingga saya berjaya menulis perkataan "hahaha...." dan "syurga" tersebut



itu hanyalah kod html dan bahayanya pula ialah bagaimana sekiranya "malicious code" atau kod jahat berbentuk java script berjaya menyusup masuk?sudah tentu kesannya lebih berat...insyaALlah mungkin perbincangan ini bersambung atau tidak ...hehe

sambungan:

emm mari kita lihat kenapa aplikasi ini boleh dimanipulasi...



melihat gambar diatas dengan menggunakan "live http headers" saya boleh mengetahui apakah yang berlaku didalam aplikasi website tertentu samada ianya menggunakan jenis GET,POST,HEAD dan beberapa jenis lagi. saya juga dapat mengetahui apakah permintaan oleh aplikasi feedjit sehinggakan feedjit mengetahui saya datang daripada site yang mana. oleh itu saya mengetahui bahawa feedjit akan menggunakan 'referer' untuk mengetahui site asal saya. oleh itu apa yang harus diperbuat ialah untuk hanya saya mengubah 'referer' tersebut dengan apa sahaja yang disukai oleh saya. emm jelas ke :D